Antara peserta pilihan untuk rancangan Gegar Vaganza musim ke sembilan ini ialah penyanyi Shila Amzah, 32 tahun.
Bukan saja memiliki suara yang hebat dan lunak, tetapi, kisah dan sejarah Shila Amzah juga seringkali jadi tumpuan.
Mulanya, penyertaan Shila Amzah tidak diterima sesetengah pihak termasuk penonton dan pengikut setia rancangan ini.
Shila menjelaskan bahawa dia masuk ke Gegar Vaganza setelah menerima tawaran dari pihak Astro sendiri, dan mahu mencabar dirinya.
Kemudian, nama Shila naik sekali lagi naik setelah adanya kelibat Sharnaaz Ahmad di konsert kedua.
Habis kena bahan Shila Amzah dengan pengacara iaitu Kak Lina Pompom atau Elly Mazlein.
Tidak melatah, Shila menanagi kehadiran Sharnaaz dengan baik dan tak terasa hati dengan kata-kata serta gurauan Elly Mazlein.
Kali ini satu lagi isu jadi bualan, kali ini tentang penampilan penyanyi ini yang mana jelas kelihatan Shila Amzah telah menindik di bahagian hidungnya.
Kalau ada close up denagn kamera, memang jelas kelihatan tindak di hidungnya itu,
Ada netizen yang mempersoalkan tindakan dari Shila Amzah itu, mungkin takut jadi ikutan.
Ini antara komen yang diberikan.
“Ko tindik hidung kenapa.”
“Kenapa perlu nak tindik hidung tu ye.”
Namun begitu tak semua orang hanay tahu memberi komen tidak baik kepada Shila Amzah.
Kali ini ada beberapa peminat Shila Amzah yang tampil mempertahankan pemilihan Shila nak berfesyen dengan menindik hidung.
Ini pula antara komen dari sesetengah pihak.
Buat masa sekarang Shila Amzah tidak ada membalas atau memberi kenyataan tentang tindakannya tindik hidung.
Shila Amzah akan tampil di pentas Gegar Vaganza pada minggu ketiga pada hari Ahad nanti, dan dah tentu ramai tak sabar nak tengok Shila Amzah membawa lagu yang bergenre lain dari yang lain.