Ahli perniagaan yang amat terkenal di Malaysia, iaitu Datuk Seri Vida menjadi topic bualan orang ramai setelah mengatakan dia tak menolak jika ditakdirkan untuk bercinta dengan pelawak yang juga usahawan berjaya, Shuib Sepahtu.
Melalui laporan portal Harian Metro, jutawan ini akui, Shuib memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dia cari-cari sebagai suami.
Ini kenyataan dari Datuk Seri Vida tentang Shuib.
“Shuib ini merupakan seorang lelaki yang amat baik dan seorang yang amat penyayang. Saya memang nampak sendiri macam mana dia melayan kesemua anak-anaknya, penuh dengan kasih dan sayang.”
“Secara jujurnya saya tak ada masalah pun kalau diberi peluang untuk mengenalinya secara lebih dekat.”
Vida juga menyatakan sebelum ini dia memang pernah berhubung dengan arwah Siti Sarah sebelum pemergiannya.
Ketika itu, Datuk Seri Vida dan Siti Sarah ada bersama-sama menjalinkan hubungan dalam bidang perniagaan produk makanan.
“Sebelum arwah Siti Sarah meninggalkan dunia ini, saya dan dia telah bekerjasama berganding menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.”
Selain itu, Vida juga amat selesa dengan anak-anak Shuib dan pernah buat live dengan mereka.
“Saya pun rapat dengan anak-anaknya. Pernah sama-sama bersiaran secara langsung dengan anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Memang rasa seronok bial dapat peluang sembang-sembang dengan mereka.”
Sungguhpun ada pihak yang merasakan Datuk Seri Vida serasi dengan Shuib, akan tetapi setiap perhubungan kenalag ada proses berkenalan dan juga mendapat restu.
“Orang luar cakap dan kata apa saja, tetapi hati manusia ni kita tidak boleh nak paksa. Hanya tuan punya badan yang dapat buat keputusan.”
“Tetapi jikalau ada yang tanya pada saya, memang tak ada masalah untuk saya kawan dengan Shuib.”
Itulah komen dari Datuk Seri Vida tentang Shuib. Sebelum ini Shuib akui sedang kenali hati seseorang setelah lima bulan menduda. Namun ianya masih awal dan dalam peringkat berkenalan saja. Sehingga kini tiada disebut atau diketahui gerangan orangnya.