Tiba-tiba, ramai pula mengaitkan Siti Nordiana dengan Shuib Sepahtu. Ramai yang dilihat cuba mahu kenenkan mereka berdua.
Kisah antara Siti Nordiana dan Shuib ini mula jadi perhatian setelah ada video menunjukkan penyanyi ini ada hadir ke butik dan dilihat seperti mahu try busana pengantin.
Kemudian, adalah yang mula mengusik dan memetik nama Shuib sebagai calon yang sesuai.
Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana akhirnya tampil memberi komen tentang kisah berkenaan.
Jelas bekas juara Gegar Vaganza itu, dia langsung tak tahu menahu bagaimana dirinya boleh dikaitkan degan Shuib.
Dia menafikan ada hubungan dengan Shuib malah nombor telefon pelawak berkenaan pun dia tak ada.
“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini timbul. Video ada tunjuk saya hadir ke butik sebabnya, saya dan butik itu memang dah selalu bekerja sama. Tiba-tiba video itu viral.”
“Datang ke butik itu untuk buat baju persembahan. Memang tidak ada kena-mengena langsung dengan tujuan nak tempah baju pengantin seperti yang disebut-sebut itu.”
“Sejujurnya, nombor telefon Shuib pun saya tak pernah ada selama ini. Macam manalah kami berdua ni boleh dikaitkan bersama. Memang kelakar usikan netizen ni.”
Kata Nana, dia okey saja dengan usikan berkenaan, namun yang penting ianya tak lah keterlaluan.
“Saya okey saja dengan isu seperti ini, asalkan ianya tak keterlaluan. Namun, saya bukanlah wanita yang netizen nak teka itu.”
Sebelum ini, Shuib ada buat pengakuan sedang kenali seseorang, namun pelawak berkenaan berkata ianya masih awal lagi.
Bagi Shuib yang paling penting sekarang ini ialah anak-anaknya iaitu Uwias, Talita, Ariq Matin dan yang bongsu baby Ayash Affan.
Siti Nordiana pula merupakan ibu tunggal kepada seorang anak iaitu Rayyan yang kini berumur 14 tahun.