Sampai anak lembik balik sekolah, dipaksa berpuasa, makanan minuman dirampas – Doktor

5,390 views

Dalam bulan Ramadhan ini, sudah tentu ada ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka untuk mula belajar berpuasa.

Kepada anak-anak yang dah ke sekolah, akan ada ibu bapa yang memberi pesan kepada anak-anak untuk cuba berpuasa, tetapi jika tak boleh nak tahan, bolehlah berbuka.

Semalam, seorang doktor ada bercerita tentang seorang ibu yang membawa anaknya untuk dapatkan rawatan kerana tak tahan puasa dan tak dibenarkan berbuka.

Kisah ini disampaikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

“Ada ibu bawa anak yang nampak lemah ke klinik.  Usia anak dalam 6 ke 7 tahun. Budak ni baru nak mengenali tentang puasa.”

“Pergi sekolah pagi, tak bersarapan, ibu nak ajar berpuasa, tapi diberi bekalan, roti dan juga air semasa pergi sekolah.”

“Ibu itu ada pesan pada anak, kalau dah tak tahan berpuasa sangat, maka bolehlah berbuka, makan bekalan yang dibawa.”

Dari komen doktor itu, ibu berkenaan terkejut melihat keadaan anaknya yang amat lemah. Rupanya ada kisah yang amat tak diingini telah terjadi.

“Ibu berkenaan ambil anak pulang dalam tengah hari, budak itu masih belum berbuka.”

“Anak itu nampak lemah. Dia memberitahu tak suka berpuasa, tak suka sekolah tak suka kawan-kawan. Anak itu kata tak mahu puasa dan tak suka sekolah.”

“Setelah ditanya, anak berkata, makanan dan minumannya di ambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa akan kena tegur secara terbuka. Kemudian akan ada rakan-rakan sekelas yang ketawa mereka yang tak puasa. “

“Bekalan kemudian dipulangkan semula oleh cikgu setelah habis sekolah. Anak kecil hanya turuti saja.”

Doktor berkenaan memberi pendapat bahawa adalah lebih baik mengajak dan mendidik anak-anak untuk berpuasa. Ini lebih bagus jika memaksa dan memalukan mereka.

“Nak mengajar kanak-kanak buat ibadah, kena engajak dan memujuk. Bukannya memaksa atau cara yang memalukan mereka.”

“Untuk berpuasa sampai Maghrib, kanak-kanak perlukan persediaan dan dibuat secara berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan. “

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mendedahkan bukan semua cikgu atau guru macam itu, ada juga yang bagus dan mempunyai empati.

“Tidak perlulah nak menuduh cikgu secara umum. Bukannya semua cikgu seperti ini. Ada yang bagus, amat prihatin dan mempunyai rasa empati.”