Dia ni memang tak akan pernah berubah pun, itulah antara komen yang dilontarkan kepada pelawak Shuk Sahar.
Nama Shuk Sahar naik lagi setelah pelawak ini upload satu video yang telah menunjukkan adegan seorang wanita sedang menari dan bergelek sakan.
Wanita itu berada ruang balkoni di rumahnya di sebuah kondominium yang tak ddiketahui lokasinya.
Di video itu, Shuk Sahar menulis dan bertanya, wanita itu sdang buat apa. “Tengah buat apa tu kak?”
Apa yang dilakukan oleh pelawak yang juga bekas penyampai radio ini ternyata membuatkan ramai kesal kerana Shuk dikatakan tak menghormati privasi wanita berkenaan.
Video di muatnaik di laman media milik Shuk Sahar itu menimbulkan rasa kurang senang dari orang ramai sebab Shuk menjadikan video itu content tanpa mendapat kebenaran dari tuan punya badan yang tak mengetahui dirinya sedang dirakam secara senyap-senyap.
Memang habis SHuk Sahar kena dengan netizen di ruangan komen video tersebut. Ini antara komen yang ditulis.
“Memang tak akan pernah berubah punyalah dia ni.”
“Jangan nak pelik-pelik Shuk, nanti boleh jadi punca orang mengata.”
“Kau nak cari mngsa yang baru ke Shuk. Shuk be like next mngsa locked. Awas dia dah jumpa target seterusnya.”
“Dunia, oh dunia, bukan main dia skodeng. Jaga-jaga ada saja mata yang memerhati.”
Shuk Sahar memang banyak isu terutama setelah dirinya beberapa kali dah kantoi bermain kayu tiga terhadap isterinya.
Isu dengan isterinya Rossa Sera kini masih lagi belum tamat, dan ramai yang tak pasti apakah status terkkini perkahwinan antara pasangan ini disebabkan kes ini sedang dibicarakan di mahkamah.
Apapun, dari pengamatan terkini, Shuk Sahar dilihat telah pun memadam video etrsebut setelah mendapat respon yang kurang baik dari orang ramai.