Akhirnya Shahrol Shiro dah balas: “Biarlah dia nak cakap apa..”

2,123 views

Ahli kumpulan Shiro, Ajak dan juga Shahrol Shiro dilihat sudah berbalah dan tak sependapat. Bermula dengan isu Suria FM, Ajak dan Shahrol berkelahi dan berbalas komen di laman media sosial.

Ajak kemudian telah ditemubual di Mstar dan mengatakan dirinya sampai dah geli digelar sahabat oleh Shahrol Shiro di atas beberapa perkara yang terjadi sebelum ini.

Hubungan mereka juga telah keruh dan sudah lama tak berhubung.

Semalam, Shahrol Shiro telah tampil di satu sesi live, dan di ruangan komen ramai yang tanya tentang kesnya dengan Ajak.

Akhirnya Shahrol memberi sedikit respon tentang hal ini.

“Kenapa ramai yang tanya tentang Ajak, saya pun tak tahu apa yang berlaku. Tak faham apa yang berlaku.”

“Saya pun tak sempat nak buka Mstar, nanti saya buka.”

Berkata dengan lebih lanjut, Shahrol tetap mengatakan Ajak itu merupakan sahabatnya.

“Dia sahabat saya ye. Biarlah dia nak cakap atau cerita apa pun, tapi dia tetap sahabat saya. Dialah sahabat yang saya sayang dan amat baik dengan saya.”

“Terima kasih, chill semua, sebarkanlah perkara positif serta kena elakkan yang perkara atau hal yang tak positif.”

Ditanya kenapa dia memilih untuk delet komen dari Ajak, Shahrol kata mengapakah perlu bercerita lanjut tentang isu lepas.

“Kenapa nak memb0gelkan, kata nak harmoni, mengapa nak memecah belah kan.”

Itulah respon dari Shahrol Shiro tentang kes perbalahan dengan rakannya iaitu Ajak Shiro.

Ajak kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM bersama gandingannya Suraya.

Manakala Shahrol pula kini sedang bergiat aktif dalam bidang politik, dan dah lama tak terlibat dalam bidang seni.

Shahrol dan Ajak membentuk kumpulan Shiro dan pernah memenangi Maharaja Lawak Mega pada edisi tahun 2018.