Siapa gadis bernama Sharleen, dilihat mesra bersama Zul Ariffin, siap panggil sayang

8,319 views

Pelakon kacak Zul Ariffin menjadi topic bualan hangat sejak semalam. Ini apabila pelakon ini ada muatnaik beberapa buah video di Ig story, yang telah menunjukkan dirinya sedang bermesra bersama seorang wanita yang cantik.

Dari tiga buah video pendek yang dimuatnaik itu, wanita yang dilihat bersama Zul Ariffin itu bernama Sharleen.

Sebenarnya video berkenaan dimuatnaik oleh Sharleen dan kemudiannya telah di repost semula oleh actor berbadan sasa ini.

Dari caption yang ditulis oleh Sharleen, dia ada memanggil Zul Ariffin dengan gelaran sayang. Ini tulisnya.

“Jalani penggambaran dengan sayang pada hari ini, eh dengan bos, Zul Ariffin.”

Kemudian Zul Ariffin dilihat ada bergurau dengan Sharleen dan kelihatan amat mesra sekali bersama.

Sharleen kemudian menulis lagi: “Biru buat saya rindu, hari-hari, Zul Ariffin. Okey ini last (upload video).

Video ini ternyata mendapat banyak reaksi dari netizen di luar sana. Kebanyakkan mereka tertanya siapakah individu bernama Sharleen ini.

Ada yang mengatakan akhirnya Zul Ariffin sudah temui cinta: “Syukur akhirnya dia dah jumpa, cepat-cepatlah kahwin.” Itu yang ditulis oleh seorang peminat.

Kemudian ada yang memuji kecantikkan wanita bernama Sharleen terutama bahagian tahi lalatnya. “Alahai cantiknya dia, mole yang paling mahal tu ada dua, satu di leher.”

Dan seperti biasa, ramai juga gadis yang kononnya patah hati melihat Zul Ariffin seakan sudah temui cinta hati. “Nangis tengok story Zul Ariffin, ini terlalu cepat buat kami, sebelum ini Remy.”

“Mesti yang ramai akan patah hati selepas ini.” Itu antara komen yang ditulis.

Buat masa sekarang belum diketahui lagi siapakah gerangan wanita bernama Sharleen ini. Kita tunggu kenyataan dan jawapan dari Zul Ariffin kelak.