Kalau dah mempunyai sebanyak 7 juta follower di laman IG, sudah tentu akan ada ramai yang sentiasa perhatikan dan memberi komen. Apatah lagi jika seseorang itu dah berkahwin. Kalau nampak ada sedikit perubahan, mulalah ada yang menulis komen adakah seseorang itu sedang hamil.
Itulah yang sedang dialami oleh pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah.
Ketika ini memang kecoh apabila netizen mendakwa ada perubahan pada Mira Filzah, sampai ada yang mengatakan dah nampak baby bump kepada pelakon berumur 28 tahun ini.
Sudah lebih setahun berkahwin, memang ramai yang mahu melihat Mira Filzah menimang cahaya mata.
Walau mendapat begitu banyak komen dan perhatian kerana hal ini, tuan punya badan tak ada memberi sebarang respon.
Melalui laporan Harian Metro, dek kerana banyak cakap-cakap kononnya dia sedang berbadan dua, Mira berkat aitu semua doa dan dia tak ada terasa hati pun.
Pelakon ini akui, memang ada peminat yang akan teruja jika seseornag pelakon yang mereka minat itu berbadan dua.
“Jujur saya cakap, saya tak ada nak ambil hati atau pun ada rasa marah, sebaliknya saya anggap apa yang mereka kata dank omen itu sebagai satu doa yang baik untuk saya dan juga suami, Emir.“
“Saya faham sangat, bahawa soal tentang zuriat ini merupakan satu berita yang ramai nantikan terutama para peminat, oleh itu biar sajalah mereka terus mendoakan kami kerana mana tahu dalam ramai-ramai yang berdoa, Allah makbulkan permintaan mereka.”
Tentang kehamilan, Mira Filzah berkata ianya satu berita baik, dan jika benar dia hamil, dia tak akan sorokkan hal berkenaan. Namun baginya akan tiba waktu yang tepat.
“Saya percaya bahawa berita kehamilan merupakan satu perkara yang baik untuk diceritakan, dikongsikan. Jadi saya tidak akan sorok.”
“Cumanya buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya cerita atau kongsikan. Insha-Allah, kalau ada apa-apa perkembangan saya akan beritahu kepada semua ye.”
Itulah kenyataan ringkas Mira Filzah tentang kehamilan yang ditanya-tanya ramai. Mira Filzah dan Wan Emir Astar berkahwin pada tarik 3 September 2020.