“Siapa ye? Maaf tak kenal” Terpinga-pinga Rossa tak tahu siapa Iqbal

4,484 views

Dato Seri Rossa akhirnya memberi respon tentang isu bergambar bersama Ahmad Iqbal baru-baru ini,

Malah Rossa juga memberi respon tentang impian Iqbal yang da memasang hasrat untuk berkenalan dengan Rossa.

Kata Iqbal, dia tertarik dengan Rossa, seorang yang lemah lembut ketika berbicara dan amat penampilannya yang amat minimalis, tak berlebihan dalam berfesyen.

Apabila ditanya tentang Iqbal, ternyata Rossa terpinga-pinga, dan tertanya siapakah lelaki yang dikatakan itu.

Rossa akui tak kenal langsung dengan Iqbal, namun teringat memang ada orang Malaysia yang mahu bergambar dengannya di satu event tayangan perdana.

 “Siapa ya? Lelaki yang nak kenal dengan saya tu. Maaf, saya memang tak kenal dia, hanya ambil foto ketika tayangan perdana, dia kata dari Malaysia. Terus ambil gambar bersama.”

“Saya memang okey saja kalau ada peminat yang mahu bergambar bersama dan lepas itu kami terus pergi berlalu. Malah tak ada bercakap apa-apa pun, sebabnya saya ingat dia hanya peminat biasa saja.”

Tentang hasrat Iqbal yang nak berkenalan dengannya, Rossa tak kisah pun. Ini jawapan Rossa.

“Kalau hanya nak berkenalan tak apa-apa pun. Saya okey saja sebab boleh saja bersahabat seperti rakan yang lain juga.”

Penyanyi ini sudah 12 tahun hidup secara single sebagai ibu tunggal. Namun buat sekarang Rossa akui gembira dengan kehidupan dan masih selesa hidup sendirian.

Tentang kerjaya di Malaysia, Rossa sudah dua tahun tak datang ke negara kita, kerana adanya border restriction.

Memang penyanyi ini akui amat rindu untuk berkunjung ke Malaysia dan menikmati juadah terkenal seperti nasi kandar, roti canai dan the tarik.

Datuk Rossa terkenal dengan lagu seperti Pudar, Ayat-Ayat Cinta dan Atas Nama CInta.