“Memang ramai terkesan penyingkiran saya” Dato Fazley tahu kenapa Upiak menangis

6,185 views

Penyanyi yang baru saja tersingkir dari pertanidngan Gegar Vaganza musim ke 8 pada minggu keempat iaitu Datuk Fazley Yaakob tahu tentang kisah Upiak yang menangis setelah Fazley diumumkan sebagai peserta dengan markah terendah.

Dato Fazley turut muatnaik satu video menunjukkan keadaan Upiak menangis teresak, yang memang nampak dia begitu terkesan dengan ketiadaan Fazley selepas ini.

Akhirnya Fazley menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Ini kenyataan dari Dato Fazley.

“Ramai nak tahu, mengapa Upiak nampaknya menangis. Sebenarnya kami berdua ni begitu akrab sepanjang pertandingan berlangsung.”

“Sebabnya Upiak ni tak ada saudara mara dan kenalan rapat di sini, jadi sayalah tempat untuk Upiak bercerita semua kisah suka dan duka setiap hari.”

“Kebetulan pula kampung asal Upiak adalah di Bukit Tinggi sebelah saja kampung asal usul ibu saya di Pagaruyung. Sudah tentu ada banyak titik persamaan antara saya dan dia.”

Fazley akui apabila melihat Upiak begitu, dia juga terasa dan terkesan.

“Saya lebih terkesan, sayu melihat rintihan dan tangisan Upiak pada malam itu. Malahnya ianya lebih berbanding penyingkiran saya sendiri.”

“Apapun, saya sentiasa terima semua yang berlaku dengan hati sangat terbuka. Apabila kita mengatur, Allah Yang Maha Berkuasa akan menyusunnya dengan lebih baik.”

Ini video Upiak ketika bertemu Dato Fazley.

Penyanyi yang terkenal sebagai Chef ini juga akui ramai yang terkesan dengan penyingkirannya. Kata Fazley, ini semua asam garam dalam sebarang pertandingan.

“Ramai orang terkesan dengan penyingkiran saya dari Gegar Vaganza pada minggu keempat ini dan ada yang kata sebenarnya Upiak lebih layak terkeluar berbanding dengan saya.”

“Kalau lihat, perbezaan markah amat kecil antara saya dan Upiak walaupun katanya nyanyian Upiak pada malan itu lebih kurang sempurna jika dibandingkan dengan saya.”

“Memang kalau minggu lepas, ramai minta saya keluar, namun minggu ini, sejak saya terkeluar, ramai yang mula luah rasa tidak berpuas hati. Ini lumrah pertandingan. Saya tidak berkecil hati atau terkilan pun.”

Ini pula ucapan Fazley kepada Upiak, yang mana dia berharap Upiak akan teruskan berjuang.

“Buat adindaku, Upiak, abang akan selalu doakan kekuatan dan kejayaan untuk Upiak. Selamat berjuang ye.”