Sidang Media Markah AJL39 Dari Ketua Juri, Edry KRU

2,675 views

Anugerah Juara Lagu 39 berlangsung dengan jayanya malam tadi. Sidang media tentang keputusan dan markah AJL39 dilakukan setelah tamat majlis. 

Press conference ini dibuat oleh ketua juri Anugerah Juara Lagu 39 iaitu Edry Abdul Halim atau Edry KRU. 

Dari 10 buah lagu yang dipertandingan, akhirnya keputusan telah diketahui. 

Lihat keputusan penuh AJL39 DI SINI

Marsha Milan dinobatkan sebagai pemenang utama mrangkul Anugerah Juara Lagu edisi ke 39. 

Lagu Hening Rindu, dicipta oleh komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh. 

Nadeera yang pertama kali berada di pentas AJL, merangkul tempat kedua, dengan lagu Bukan Lagi Kita yang dicipta oleh Hael Husaini dan Iqie Pugh. 

Akim and the Majistret mendapat tempat ketiga, dan lagu ini dicipta oleh Akim sendiri bersama isterinya Stacy. 

Aina Abdul dan juga Erni Zakri pula menerima anugerah persembahan terbaik dan juga vokal terbaik. 

Erni Zakri menyanyikan lagu Aura, hasil nukilan Ernie Zakri, John Jeeves dan juga Firdaus Rahmat. 

KOMEN TENTANG MARKAH LAGU MARSHA 

Edry berkata lagu ini dipilih merangkumi pelbagai aspek dan semuanya berjaya termasuk nyanyian Marsha itu sendiri. 

“Marsha punya lagu, kelebihan dari segi teknikal. Ada element musical yang membantu lagu itu menerima markah yang lebih.” 

“Dari pelbagai sudut termasuk compression, coding, voicing, arrangement. Ada dinamik dan sebagainya. Dan ini juga ditambah dengan persembahan dan juga vokal Marsha sendiri.” 

“Gabungan lagu Hening Rindu iaitu composer, penulis lirik dan penyanyi, gabungan tiga ini lengkap, itu kelebihannya.”  

BEZA MARKAH MARSHA DAN NADEERA

Edry berkata, perbezaan antara juara dan naib juara agak jauh juga.

“Untuk Juara Lagu, perbezaan agak jauh dengan nombor 2. Dalam lebih kurang 15 peratus juga.”

TOP 5 AJL39

Jelasnya, top 5 untuk AJL39 selain top 3 ialah Aina Abdul dan lagu Amir Masdi.

“Untuk top 5, Marsha, Nadeera, Akim and The Majistret, Aina dan Amir Masdi. Jadi boleh nampak lagu yang kita cari.”

SAINGAN SENGIT YANG LAIN, MARKAH BEZA SIKIT 

Edry berkata lagi, untuk edisi kali ini, semua peserta bersaing dengan begitu sengit. 

Ini terutama untuk kategori, nombor 3 sehingga nombor 5.

Untuk vokal dan persembahan terbaik, markah juga agak rapat.

“Pertandingan ini amat kompetitif. Tapi bila kita lihat keputusan amat sengit.” 

“Kalau lihat jurangnya amat rapat, malah lihat nombor 3, 4, 5, hanya beza satu point saja.” 

“Untuk nombor satu dan dua agak jauh, tapi yang ketiga sampai kelima beza sikit.” 

“Namun, Mathematic tidak menipu. Apa yang kamu lihat keputusan itu, ianya merupakan satu collective dari para juri.”  

PEMILIHAN PEMENANG VOKAL 

“Untuk vokal ni, ianya agak subjektif, ada yang kata ni lebih baik dan sebaliknya. Namun kita ambil markah purata.” 

“Dan akhirnya kita ada clear cut winner” 

“Kadangkala beza sikit saja. Kalau tarik nafas panjang sikit je, tu pun dah kurang markah.” 

“Akan tetapi mereka semua penyanyi yang hebat.” 

TOP 5 VOKAL TERBAIK AJL39

Jelasnya lagi, untuk vokal ada empat yang bersaing.

“Ada empat orang, Erni Zakri, Nadeera, Aina Abdul dan juga Marsha.”

Itulah jawapan dari Edry Abdul Halim tentang keputusan dan markah AJL39.