Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Siti Saleha, Joshua Fitton - News Tel

Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Siti Saleha, Joshua Fitton

528 views

Pelakon cantik Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pereka fashion, Joshua Fitton. 

Dua tahun kenali hati budi masing-masing, Saleha, 35 tahun, dan Joshua Fitton, 38 tahun, disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis pada 15 February yang lalu. 

Majlis pernikahan Siti Saleha diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat saja di sebuah pusat peranginan di Janda Baik, Pahang. 

Akad nikah berlangsung pada waktu pagi, sekitar jam 9.  

Selepas majlis nikah, satu majlis resepsi diadakan di waktu tengah hari sekitar jam 12.  

Ini foto sekitar majlis pernikahan Siti Saleha dan Joshua Fitton. 

FOTO NIKAH SITI SALEHA 

FOTO RESEPSI SITI SALEHA, JOSHUA FITTON 

KOMEN SITI SALEHA, HONEYMOON DAN ANAK 

Pelakon ini berkata, mereka berdua ada banyak persamaan termasuk aktiviti yang disukai mereka berdua. 

“Kami dah kenal lama sebelum ke fasa perkahwinan. Kami ada banyak persamaan dan minat yang sama dalam aktiviti luar serta alam natural.” 

“Faham antara satu sama lain apatah lagi kami berdua ni sama-sama berdarah kacukan pan asian.” 

“Dua-dua pun suka makanan Melayu.” 

“Bagi saya, suami ni seorang yang baik, bijak dan pandai jaga. Dia pun pandai menyesuaikan diri dengan ahli keluarga dan kawan-kawan saya.”  

Dalam pada itu, pelakon ini berkata, dia dan suami akan pergi honeymoon di luar negara. 

“Kami pilih ke New Zealand sebab sama-sama suka aktiviti luar seperti di Queenstown. Joshua juga pernah bercuti di sana sebelum ini.” 

“Saya suka road trip dan buat aktiviti terjunan udara seperti bungee jumping, sky diving dan lain-lain.” 

Pasangan ini merancang untuk honeymoon selepas sambutan hari raya aidilfitri nanti. 

Dalam pada itu, Saleha berkata dia terbuka untuk menerima kehadiran cahaya mata sama seperti pasangan suami isteri yang lain. 

“Saya mahu seorng anak saja, tapi suami mahu anak perempuan dan kalau boleh nak kembar.” 

“Kami terima rezeki, dan terbuka untuk miliki anak, sama seperti pasangan lain.” 

KOMEN JOSHUA FITTON, DETIK MELAMAR 

Joshua yang memiliki jenama dan brand fashion berkata, dia dan Siti Saleha mula berkenalan ketika berjumpa di satu event. 

Mereka juga minat melakukan aktiviti lasak seperti pergi hiking. 

“Kami mula bertemu dalam event pertunjukan fesyen dan selepas dua tahun berkawan, hubungan jadi serius.” 

“Saya melamarnya dengan sebentuk cincin ketika kami mendaki Gunung Kinabalu pada bulan April tahun lepas.” 

“Masa tu saya tanya, will you be my forever adventure buddy? Dan dia terima lamaran saya dengan mulutnya penuh ketika makan pisang masa tu.” 

JOSHUA REKA BAJU NIKAH 

Ketika akad nikah, Siti Saleha memakai baju pengantin yang telah direka dan dicipta oleh suaminya sendiri. 

Ianya merupakan busana dari kain sutera Thailand berserta veil. 

Malahan Joshua juga mereka bentuk cincin perkahwinan khas buat isterinya itu. 

Untuk info, perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Siti Saleha dan yang pertama buat Joshua. 

Latest from Hiburan


Sidang Media Markah AJL39 Dari Ketua Juri, Edry KRU

13,589 views

Anugerah Juara Lagu 39 berlangsung dengan jayanya malam tadi. Sidang media tentang keputusan dan markah AJL39 dilakukan setelah tamat majlis. 

Press conference ini dibuat oleh ketua juri Anugerah Juara Lagu 39 iaitu Edry Abdul Halim atau Edry KRU. 

Dari 10 buah lagu yang dipertandingan, akhirnya keputusan telah diketahui. 

Lihat keputusan penuh AJL39 DI SINI

Marsha Milan dinobatkan sebagai pemenang utama mrangkul Anugerah Juara Lagu edisi ke 39. 

Lagu Hening Rindu, dicipta oleh komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh. 

Nadeera yang pertama kali berada di pentas AJL, merangkul tempat kedua, dengan lagu Bukan Lagi Kita yang dicipta oleh Hael Husaini dan Iqie Pugh. 

Akim and the Majistret mendapat tempat ketiga, dan lagu ini dicipta oleh Akim sendiri bersama isterinya Stacy. 

Aina Abdul dan juga Erni Zakri pula menerima anugerah persembahan terbaik dan juga vokal terbaik. 

Erni Zakri menyanyikan lagu Aura, hasil nukilan Ernie Zakri, John Jeeves dan juga Firdaus Rahmat. 

KOMEN TENTANG MARKAH LAGU MARSHA 

Edry berkata lagu ini dipilih merangkumi pelbagai aspek dan semuanya berjaya termasuk nyanyian Marsha itu sendiri. 

“Marsha punya lagu, kelebihan dari segi teknikal. Ada element musical yang membantu lagu itu menerima markah yang lebih.” 

“Dari pelbagai sudut termasuk compression, coding, voicing, arrangement. Ada dinamik dan sebagainya. Dan ini juga ditambah dengan persembahan dan juga vokal Marsha sendiri.” 

“Gabungan lagu Hening Rindu iaitu composer, penulis lirik dan penyanyi, gabungan tiga ini lengkap, itu kelebihannya.”  

BEZA MARKAH MARSHA DAN NADEERA

Edry berkata, perbezaan antara juara dan naib juara agak jauh juga.

“Untuk Juara Lagu, perbezaan agak jauh dengan nombor 2. Dalam lebih kurang 15 peratus juga.”

TOP 5 AJL39

Jelasnya, top 5 untuk AJL39 selain top 3 ialah Aina Abdul dan lagu Amir Masdi.

“Untuk top 5, Marsha, Nadeera, Akim and The Majistret, Aina dan Amir Masdi. Jadi boleh nampak lagu yang kita cari.”

SAINGAN SENGIT YANG LAIN, MARKAH BEZA SIKIT 

Edry berkata lagi, untuk edisi kali ini, semua peserta bersaing dengan begitu sengit. 

Ini terutama untuk kategori, nombor 3 sehingga nombor 5.

Untuk vokal dan persembahan terbaik, markah juga agak rapat.

“Pertandingan ini amat kompetitif. Tapi bila kita lihat keputusan amat sengit.” 

“Kalau lihat jurangnya amat rapat, malah lihat nombor 3, 4, 5, hanya beza satu point saja.” 

“Untuk nombor satu dan dua agak jauh, tapi yang ketiga sampai kelima beza sikit.” 

“Namun, Mathematic tidak menipu. Apa yang kamu lihat keputusan itu, ianya merupakan satu collective dari para juri.”  

PEMILIHAN PEMENANG VOKAL 

“Untuk vokal ni, ianya agak subjektif, ada yang kata ni lebih baik dan sebaliknya. Namun kita ambil markah purata.” 

“Dan akhirnya kita ada clear cut winner” 

“Kadangkala beza sikit saja. Kalau tarik nafas panjang sikit je, tu pun dah kurang markah.” 

“Akan tetapi mereka semua penyanyi yang hebat.” 

TOP 5 VOKAL TERBAIK AJL39

Jelasnya lagi, untuk vokal ada empat yang bersaing.

“Ada empat orang, Erni Zakri, Nadeera, Aina Abdul dan juga Marsha.”

Itulah jawapan dari Edry Abdul Halim tentang keputusan dan markah AJL39.

Go to Top