Anugerah Juara Lagu kali ke 39 telah berlangsung pada malam Ahad, 16 Februari 2025. Ini keputusan AJL39.
Untuk edisi kali ini, sebanyak 10 buah lagu telah dipertandingan di pentas AJL39.
Beberap nama besar dan juga bekas juara turut tampil di pentas AJL seperti Hafiz Suip, Akim and the Majistret, Hael Husaini dan Aina Abdul.
Ini senarai lagunya.
Amir Masdi dengan lagu berjudul Sengaja nukilan oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim.
Aina Abdul tampil dengan lagu Puas Sudah. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aina.
Lagu Saksama akan dipersembahkan oleh Akim and The Majistret, lagu dicipta oleh Bunga Cantik dan kumpulan Akim and The Majistret.
Masdo bersama Aisyah Aziz akan menyanyikan lagu Pujaanku, nukilan oleh Ali Sariah dan Heidimoru.
Hafiz Suip akan mempersembahkan lagu berjudul Terus Bersinar, yang dicipta oleh Mas Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Ab Rahman .
Bekas pemenang vokal terbaik iaitu Marsha Milan akan menyanyikan lagu Hening Rindu, komposer oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.
Erni Zakri menyanyikan lagu Aura, hasil nukilan Ernie Zakri, John Jeeves dan juga Firdaus Rahmat.
Bekas juara, Hael Husaini pula tampil dengan lagu Diam, lagu yang dihasilkan oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh.
Lagu hip hop berjudul Risiko akan dinyanyikan oleh Benzooloo, Ghidd Isabatos, Meerfly, Tuju dan juga MK K-Clique.
Nadeera dengan lagu Bukan Lagi Kita yang dihasilkan oleh Hael Husaini dan Iqie Pugh.
Ini Keputusan AJL39
JUARA : HENING RINDU, MARSHA MILAN
Hadiah: RM100ribu dan trofi
NAIB JUARA : BUKAN LAGI KITA, NADEERA
Hadiah: RM50ribu berserta trofi
TEMPAT KETIGA : SAKSAMA, AKIM AND THE MAJISTRET
Hadiahnya: RM30ribu dan juga trofi
PERSEMBAHAN TERBAIK : AINA ABDUL
Hadiah: RM12ribu dan juga trofi
VOKAL TERBAIK : ERNI ZAKRI
Hadiah: RM12ribu dan trofi

Anugerah Juara Lagu atau AJL39 ini diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan diacarakan oleh Naz dan juga Sissy Iman.
Seramai 9 juri yang dipanggil yang diketuai oleh Edry Abdul Halim (KRU).
KOMEN JURI TENTANG MARKAH AJL39 BACA DI SINI.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.