Sikap murni ibu Neelofa, Datin Kartini belanja makanan pada tukang sapu

2,102 views

Antara nama besar dalam bidang seni ialah Noor Neelofa. Pernah meraih gelaran Bintang Paling Popular, Neelofa bukan saja berjaya sebagai selebriti yang berpengaruh tetapi kejayaan dalam bidang perniagaan turut membuatkan ramai yang mengaguminya.

Dek kerana dah popular, family Neelofa turut tercalit popularity sama. Antaranya ialah adik beradiknya Nabila, Atisha dan Little Miss Khan, semua mempunyai akaun Instagram yang ada ramai follower.

Tak cukup itu, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini turut sama naik popularity nya dengan mempunyai 490ribu follower, bukan calang-calang.

Sebagai seorang yang berpengaruh, Kartini telah memberi contoh yang amat baik. Ini apabila kartini telah memberi sumbangan dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Melalui satu entry di Insta story, Noor Kartini telah menderma makanan kepada pekerja tukang sapu di sekitar Taman Tun Dr Ismail.

Dilihat, Kartini telah menyiapkan bekas makanan berisi roti canai dan juga kuah kari ayam untuk diberi kepada para pekerja yang bertungkus lumus sedang bekerja.

Periuk besar pada hari ini. Aunty Tini dah memasak tiga ekor ayam, banyak kerana kita nak beri kepada mereka yang sedang bekerja di tepi jalan, yang tengah sapu daun kering di sekitar kawasan TTDI. Kita hantar makanan pada mereka. 40 roti dah siap, kari ayam pun siap. Kita sama-sama berkongsi rezeki, sudah tentu mereka gembira.

Menerusi laporan beberapa portal hiburan, Noor Kartini sempat ambil gambar bersama para pekerja berkenaan yang tersenyum gembira setelah menerima bungkusan makanan. Katanya bukan makanan saja, mereka turut menerima sampul duit raya.

Alhamdulillah syukur, bagus sangat teladan yang diberikan. Harapnya Datin Noor Kartini teruskan usaha yang murni seperti ini dan harapnya ramai lagi mereka yang berkemampuan untuk sama-sama memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. Bukan saja dalam bentuk wang, tetapi dari semua segi pun boleh termasuklah makanan.