“Luluh hati saya dengar penjelasan doktor tentang penyakit ibu” ~Achey

1,860 views

Setelah membawa ibu mendapatkan rawatan di Johor Bahru, Achey memberi perkembangan terkini tentang ibunya, Ngaisah Hassan, 73 tahun.

Achey ternyata sedih apabila mengetahui ibunya ada penyakit yang jarang dijumpai iaitu ada masalah di area kawasan saluran pankreas.

Doktor mengesahkan ada satu ketumbuhan di saluran pankreas ibunya itu sehingga tersumbat dan kini membengkak.

Lepas buat pemeriksaan, hasilnya, pihak doktor kata ada ketumbuhan yang membuatkan saluran pankreas membesar iaitu 15 milimeter. Sebelum ini, hanya 5 milimeter saja. Kemudian kata doktor, bukan saluran pankreas saja, malah hempedu juga dah ada masalah.

Pemeriksaan skop, hasilnya, doktor sahkan penyakit ini agak lain dari yang lain, ganjil dan jarang ditemui. Nak buat proses kemoterapi tak sesuai sebab ia melibatkan organ yang lembut.

Oleh itu, ujian tisu dah dibuat dan saya sedang tunggu keputusan. Selepas pakar check, barulah keputusan untuk buat pembedahan akan dibuat.

Jelas Achey lagi, keputusan tentang tisu itu hanya dapat diketahui pada tarikh 22 Jun ini.

Luluh hati saya masa dengar penjelasan dari doktor pakar. Saya tanya pada diri sendiri kenapa ia terjadi pada emak saya. Saya ingat emak rindukan arwah abah, yang meninggal dunia pada 19 Mac lepas.

Lepas dua bulan arwah abah pergi buat selamanya, emak ada rasa angin pada bahagian ulu hati. Sejak itu, berat badan emak turun secara mendadak dari 70kg ke 55kg saja.

Namun doktor beritahu emak saya seorang yang kuat di usia 73 tahun. Oleh itu, saya kena reda. Emak dah boleh pulang ke rumah sampai keputusan ujian tisu itu dimaklumkan. Doktor pesan minta saya gembirakan emak buat masa ini.

Achey memberitahu, dia dah tiga bulan di kampung dan kebetulan ibuny apula jatuh sakit.

Ada hikmahnya saya berada di kampung sebelum PKP dilaksanakan. Saya kat sini sebab nak uruskan perniagaan Bubble Bee dan business lain.

Cumanya, saya ada rasa kesal terbaca komen netizen cakap kenapa saya tak bawa emak check awal-awal. Takpelah, saya cuba tak fikir sangat dan fokus jaga emak.

Takpe Achey, jangan layan komen netizen sangat, apapun semoga ibu Achey kembali sihat, amin.