“Siti ni orang paling baik saya pernah jumpa” Faizal tahir

51,054 views

Baru-baru penyanyi Faizal Tahir, 45 tahun, telahpun membuat satu konsert solonya di sebuah dewan, World Trade Centre, di ibu kota Kuala Lumpur. 

Konsert berlangsung dengan jayanya dengan dihadiri lebih kurang tiga ribu hadirin. 

Antara yang turut hadir sebagai penonton untuk konsert Faizal Tahir itu ialah penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Ada satu moment di konsert itu, yang mana Faizal Tahir telah menjemput Siti Nurhaliza untuk menyanyi bersama secara spontan. 

Siti Nurhaliza yang amat sporting, terus saja menyanyi. 

Bercerita tentang Siti Nurhaliza, Faizal Tahir telah mendedahkan satu sisi yang ramai tak tahu tentang isteri kepada Datuk K itu. 

Kata Faizal Tahir, penyanyi wanita dari Pahang itu merupakan antara individu yang baik hati yang pernah ditemuinya. 

Antara sikap SIti Nurhaliza yang didedahkan Faizal Tahir ialah sifat dermawan penyanyi berkenaan. 

Faizal memberitahu, Siti seringkali memberi sumbangan tatkala ada misi kemanusiaan yang dijalankan.  

Malah, setelah menderma, Siti meminta untuk tidak dihebahkan. 

“Jikalau dia ada memberi bantuan, dia akan meminta saya untuk merahsiakannya.” 

“Akan tetapi saya nak minta ampun sangat, pada malam ini saya terpaksa beritahu kepada semua.” 

“Kalau ada saja sebarang misi kemanusiaan, beliau merupakan antara penyanyi yang selalu beri sokongan kepada saya. Sikap ini adalah suatu yang patut dicontohi dan perlu dibanggakan.” 

“Bagi saya, Siti merupakan antara hamba Allah yang paling baik pernah saya jumpa.” 

Selain itu, setelah beberapa kali bekerjasama di bidang seni, Faizal mengatakan, Siti memang amat mudah orangnya untuk berkerja. 

Walaupun mempunyai status sebagai penyanyi tersohor, Siti sering saja melayan perminataan dari Faizal Tahir.  

Malah Siti Nurhaliza juga bersetuju untuk menjadi penyanyi latar dalam satu lagu Faizal Tahir.  

“Semasa di awal saya masuk ke industri, beliau ada panggil saya untuk buat persembahan.”  

“Dan utnuk lagu berjudul Karma, kalau kalian perasan, ada bahagian ‘hey, hey’ itu sebenarnya adalah suara milik Siti Nurhaliza.” 

“Beliau ni langsung tak kisah buat permintaan saya yang entah apa-apa.” 

Itulah pendedahan dari Faizal Tahir sambil tertawa. 

Selain Siti Nurhaliza, di malam itu juga, Faizal Tahir mengenang memori manis bersama Aliff Satar yang juga salah seorang peserta rancangan realiti yang menaikkan nama mereka iaitu One In A Million.