Lepas bergelar juara GV, Hady Mirza tiada tawaran

7,072 views

Penyanyi dari Singapura Hady Mirza telah diangkat sebagai juara untuk Gegar Vaganza musim ke enam. 

Hady Mirza bersama sama Naqiu telah diumumkan sebagai juara di musim berkenaan, yang mana satu-satunya musim dua juara diumumkan sebagai pemenang. 

Melalui laporan Mstar, penyanyi berumur 43 tahun ini berkata, dia bersyukur kerana kemenangan itu banyak membantu dirinya. 

Jelasnya, hadiah wang tunai hasil kemenangannya di pentas berkenaan banyak membantu dirinya dan juga keluarga. 

Hady Mirza mengaku, dirinya kurang bernasib baik kerana selepas dia bergelar juara, wabak pandemik telah melanda pada tahun 2019. 

Ini membuatkan dia tidak menerima banyak tawaran nyanyian selepas itu. 

“Selepas GV tu, terus Covid, dan semua pun terkesanlah. Saya pun tak merungut sebab ramai lagi yang susah.” 

“Masa tu baru saya baru dinobatkan juara bersama di Gegar Vaganza musim ke 6, Alhamdulillah dapat rezeki. Kebetulan pula selepas itu berlakunya pandemik.” 

Oleh itu, selepas menang GV, Hady telah kembali ke Singapura, dan duduk di negara kelahirannya itu selama 8 bulan, tanpa kembali ke Malaysia. 

“Syukur alhamdulillah ada rezeki, dan dari kemenangan itu saya mampu untuk bertahan dan dapat membantu keluarga saya.” 

“Memang ada satu tahap, saya dan isteri terasa apabila wang kemenagan tu dah semakin berkurang, dan kemudian ada job masuk di SIngapura.” 

“Saya pun kemudian pulang ke SIngapura dan juga ada buat sikit perniagaan di Singapura.” 

Ditanya tentang perkembangan terkini kerjayanya, ini jawapan dari Hady Mirza. 

“Perkembangan tu, tak ada perkembangan. Saya ada la job di Singapura, bukannya tak ada job.” 

“Di Malaysia memamg kurang, berbanding di Singapura.” 

“Tapi ini semua rezeki, Allah pun dah beri rezeki, cukup buat saya, syukur alhamdulillah.”  

Sungguhpun kerja seni agak perlahan di Malaysia, kini hady Mirza telah kembali sebagai salah seorang peserta untuk Gegar Vaganza All Star yang akan berlangsung dua minggu lagi.