Siti Nordiana risau bawa lagu Britney Spears

3,115 views

Minggu ke 8 All Stars Gegar Vaganza sememangnya amat ditunggu ramai. 

Dengan tema fun fair Tok Ram, ramai yang tak sabar nak lihat para peseta membawa lagu yang lain dari yang lain. 

Lagu yang dipilih oleh Tok Ram untuk para peserta ni memang penuh dengan kejutan namun dalam masa yang sama amat mencabar buat peserta. 

Antara yang menjadi tumpuan ialah Siti Nordiana, yang mana dia akan menyanyikan lagu dari Britney Spears berjudul Baby One More Time. 

Bercakap kepada portal Gempak, Siti Nordiana atau Nana, akui dirinya begitu nervous untuk membawa lagu ini. 

Paling ditakuti oleh Siti Nordiana sudah tentu sebutan English yang tepat semasa menyanyi. 

“Saya dah tentunya terkejut apabila terima lagu Britney. Namun apabila dimaklumkan yang Tok Ram yang beri lagu ni, saya dah boleh mengagaknya, sebab dia tahu kelemahan saya.” 

“Kadangkala, apabila dia cakap apa-apa (guna English) saya tak faham dan saya akan minta Tok Ram jelas semula dalam Bahasa Melayu.” 

“Bukannya saya tak faham langsung tetapi ada perkataan perkataan yang kurang faham.” 

“Kerisauan utama saya ialah tentang sebutan dan juga jiwa membawa lagu itu.”  

“Sekarang ni, usaha saya ialah saya sedang mendengar lagu itu banyak kali, cara sebutannya dan cuba ikutinya.” 

Sungguhpun penuh cabaran, Nana dah pun buat persediaan dan berusaha keras untuk minggu ke lapan ini. 

“Persediaan minggu ke lapan ini, saya kena ada stamina yang kuat sebab lagu ini fun, dan memerlukan keseronokan.” 

“Sebelum ni, masa bawa lagu Ayda Jebat, Temberang, pun jelas saya agak struggle, apatah lagi untuk kali ini, lebih lagi.” 

Ditanya tentang pernahkan Nana nyanyi lagu Britney, ini jawapannya. 

“Jujru saya cakap, memang tak pernah nyanyi lagu ini untuk persembahan. Cuma pernah masa nyanyi di karaoke saja.” 

“Apapun, saya akan cuba bawa yang terbaik atas pentas, buat jadi seronok dan cuba bawa ke zaman 90an.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Siti Nordiana yang akan membawakan lagu dari Britney Spears untuk hari Ahad ini, good luck buat Nana.