Rupanya ramai tak tahu, pelakon Saidi merupakan anak sulung Sabri Yunus

7,486 views

Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus dah pun selamat bergelar suami kepada rakan baiknya yang juga pelakon iaitu Angeline Tan yang kini bernama Ardini. 

Kedua dua mereka ini amat terkenal dengan watak Wan Ismail Golok dibawa oleh Sabri, dan juga Lucy dilakonkan oleh Angeline Tan, dalam rancangan sitkom Pi Mai Tang Tu. 

Namun kali ini bukan mahu bercerita tentang kisah perkahwinan Sabri Yunus dan juga Angeline Tan, sebaliknya mahu mengupas sedikit tentang anak Sabri Yunus. 

Anak-anak Sabri Yunus, Syazni, Saidi, dan Syamimi

Rupanya, masih ramai juga yang tak tahu lagi bahawa anak sulung Sabri Yunus merupakan seorang pelakon juga. 

Bukan pelakon biasa-biasa, sebenarnya, anak sulung Sabri ini memang berbakat besar, dan hebat sebagai pelakon. 

Nama anak sulung Sabri Yunus ini ialah Saidi Sabri, yang kini dah berumur 32 tahun. 

Saidi lahir pada tahun 1991 di Kuala Lumpur, dan dibesarkan dan bersekolah di ibu kota. 

Kemudian, Saidi telah melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari sebelum mula berjinak dalam dunia lakonan. 

Mungkin kalau sebut nama, ada yang tak kenal, tetapi kalau nampak wajahnya di drama atau filem, pasti akan kenal dengan wajah Saidi. 

Family Sabri Yunus bersama Issey

Antara naskah lakonan Saidi ialah, Pok Ya Cong Codei, Dukun Doktor Dani, Duan Nago Bogho, Butak, Pak Dogo dan juga Air Force The Movie. 

Sudah tentu Saidi lebih dikenali dalam naskah Pok Ya Cong Codei yang mana dia telah berlakon bersama bapanya Sabri Yunus. 

Dalam Pok Ya Cong Codei, Saidi Sabri membawa watak sebagai Halim dari Kampung Pasir. 

Pada tahun lalu, Sabri Yunus berkata, dia amat berbangga melihat pencapaian anaknya itu ketika membawa watak Halim. 

Ini kenyataan Sabri Yunus tentang anaknya itu. 

“Saya dapat lihat perkembangan yang baik untuk Saidi dalam dunia lakonan. Dia ni sebenanrya pelajar kulinari yang bermula sebagai pelakon ekstra saja, mulanya dia berlakon tanpa dialog.” 

“Sebenarnya saya pun tidak melatih Saidi untuk berlakon sebaliknya memintanya untuk berfikir. Dua elemen sebagai pelakon yang penting iaitu kena ada disiplin dan juga perlu berfikir.” 

Saidi dah selamat bernikah tahun 2019

Sementara itu, menerusi temubual, Saidi berkata, dia memang tinggal dan menetap di Kuala Lumpur, namun masih faham dan fasih bercakap dalam dialek Kelantan. 

Ini kerana ketika kecil, ayahnya selalu hantarnya pulang ke kampung di Kelantan. 

“Memang tak pernah menetap di Kelantan, tapi masa kecil dulu, ayah selalu hantar saya balik kampung, duduk di sana seminggu, lama lah. Jadi dari situ mula faham dialek Kelantan.” 

Saidi merupakan anak sulung kepada Sabri Yunus dan juga Norayya Mohd Yusuf. Selain Saidi Sabri, anak kedua Sabri ialah Syamimi lahir pada tahun 1993 dan yang bongsu Syazni, lahir 1995.