Soalan tak sensitif Janna Nick pada Intan Liyana buat netizen “geleng kepala”

6,399 views

Rancangan Melodi Raya pada hari Ahad yang lalu telah menemukan dua wanita yang pernah menjadi madu iaitu Izreen Azminda dan juga Intan Liyana.

Ianya dibuat menerusi satu segmen yang diberi nama buang yang keruh ambil yang jernih, yang mana dalam segmen ini, Melodi menjemput mereka yang pernah bersengketa dan mahu menemukan mereka untuk berbaik semula.

Pengacara untuk rancangan Melodi ialah Awal Ashaari dan juga Janna Nick.

Ketika segmen berkenaan, pengacara ada bertanya sama ada mereka sebelum ada ada cuba berhubung antara satu sama lain.

Masa awal ada, tapi ketika itu keadaan agak tegang dan saya ambil pendekatan untuk berdiam diri dulu.” Kata Izreen Azminda.

Janna pula bertanya sama ada Intan Liyana Saleh dah move on dengan apa yang berlaku, dan Awal pula bertanya macam mana terdetik hati nak datang Melodi.

Ini jawapan Intan Liyana: “Nak cakap jujur ke? Move on, nak kata macam tu bolehlah, dah empat tahun, masing-masing ada kehidpuan masing-masing. Macam mana terdetik hati nak datang, ye lah kita kena jadi professional lah untuk datang, kena hadap juga apa pun.

Kemudian kedua pengacara tersebut ada berkata bahawa cara Intan cakap tu macam masih belum sepenuhnya lagi untuk move on.

Cara Intan cakap tu macam belum seratus peratus move on sepenuhnya, masih ada sisa-sisa lagi di hati tu sebenarnya” Kata kedua pengacara berkenaan.

Di akhir segmen tersebut, Izreen Azminda ada mengatakan bahawa dia berharap Intan akan jumpa jodoh yang lebih baik. “Saya nak ucapkan dan doakan semoga awak dapat jodoh yang lebih baik, Tuhan tarik Ude dan mungkin Tuhan akan berikan suami yang lebih baik buat awak.

Namun ada satu soalan yang agak tak sensitif dari Janna Nick membuatkan netizen tak beberapa berkenan. Ini persoalan dari Janna Nick: “Dah ada pengganti ke belum?

Intan kemudian menjawab bahawa dia masih tak ada calon. “Belum lagi

Ternyata soalan dari Janna itu menerima kritikan dari para penonton. Ini antara komen dari beberapa netizen.

Ini video penuh dari Melodi Raya TV3.

Apapun diharapkan semuanya baik-baik saja kepada Izreen Azminda dan juga Intan Liyana Saleh.