“Mana satu ayah, macam sebaya semua” Gambar raya Bell Ngasri jadi perhatian

11,595 views

Bell Ngasri merupakan pelakon komedi yang amat disukai ramai. Selalu saja watak Bell membuatkan ramai terhibur.

Lakonannya yang bersahaja dan amat natural membuatkan ramai senang hati menontonnya. Baru-baru ini pun, lakonannya dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang telah menjadi bualan ramai. Watak Bell bernama Barkoba ternyata diingati para penonton.

Filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di Astro First. Setelah 3 minggu ditayangkan, kutipan telah mencecah RM4 juta, satu jumlah yang amat menakjubkan. Satu sukses buat filem ini dan juga membuatkan nama Bell Ngasri mencanak naik.

Ketika hari raya pertama, Bell ada muatnaik satu gambar raya bersama isteri dan anak-anaknya. Memang cantik semuanya memakai baju raya warna sedondon. Tema untuk tahun ini family Bell memilih warna pink.

Ini caption dari Bell Ngasri: “Selamat hari raya kepada semua. Saya nak minta maaf zahir dan juga batin yep. Dah macam kawan-kawan semua.”

Melihat gambar berkenaan, ramai yang menulis dan memberi respon. Antaranya ada menulis bahawa dalam gambar ni semuanya nampak muda. Bagaikan semuanya sebaya umurnya.

Masalah nya asal ayahnya tak tua.” Itu yang ditulis oleh Qish Shakira.

Seorang lagi follower bernama Tuah Hashim bergurau dan buat-buat tanya, yang mana satu ayahnya: “Mana bapaknya?

Dila Azman menulis: “Comel nampak semuanya. Abang Bell Ngasri pun tak besar-besar, boleh sama-sama geng dah dengan anak-anak.

Ada juga bergurau mengingati watak Barkoba yang mana merupakan seorang yang tak puasa. Ini tulis individu bernama Izu: “Orang tak puasa mana boleh raya.

Selain itu, ramai rakan artis dilihat menulis ucapan raya kepada Bell Ngasri sekeluarga. Antaranya ialah Alif Satar, Fahrin Ahmad, Mawi, Mamak Puteh, Syamsul Ghau Ghau, dan para peminatnya.

Ramai juga yang memuji Bell Ngasri dan isteri sama cantik dan sama padan. Pada usia 40 tahun, ternyata Bell Ngasri nampak awet muda, bagaikan remaja, begitu juag dengan isterinya.

Untuk pengetahuan, Bell Ngasri bernikah dengan isterinya Farhana Syasya pada tahun 2007 dan mempunyai tiga orang anak.