Suami restu Heliza Helmi pergi ke Gaza

2,814 views

Antara selebriti yang baru saja mendirikan rumah tangga ialah penyanyi Datin Seri Heliza Helmi, yang kini selamat bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Dalam perkembangan terkini, Heliza berkata dia dalam perancangan untuk terbang ke kota Gaza dan Tebong Barat, Palestine. Heliza ke sana atas urusan kerja.

Heliza terlibat dengan penggambaran sebuah filem berjudul Road to Heaven yang akan dijalankan di Palestine.

Dari jadual awal, Heliza akan terbang ke sana pada bulan Jun ini. Plan Heliza ke Palestine itu telah pun mendapat restu dari suaminya.

Malah, Datuk Mahadi mungkin akan turut serta bersama-sama Heliza ke sana.

“Suami saya akan sentiasa sokong dan mendoakan saya. Selalunya dia memang ada bersama saya dan semasa kami buat perbincangan untuk buat filem ini, suami saya pun turut bersama-sama ada juga.”

“Jika semuanya okey, insyaallah, saya akan ke sana pada bulan Jun nanti. Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, suami saya pun akan sama-sama bernagkat ke sana juga. Tapi, kena tunggu dulu, dan nak tengok macam mana perancangannya.”

Tentang adakah Heliza dan suami ada merancang untuk mendapat cahaya mata dan bagaimana jika hamil ketika jalani penggambaran, Heliza akui belum lagi terfikir akan hal itu.

“Apabila orang tanya dan soalan ini diajukan, barulah saya ada terfikir tentang hal ini. Sekarang, saya tak dapat nak jawab apa-apa lagi. Sebab masih belum ada terfikir tentang ini.”

Filem berjudul Road to Heaven ini menampilkan Heliza Helmi berganding denagn adiknya sendiri iaitu Hazwani Helmi dan Josiah Lim, nashkah arahan Nizam Zakaria. Ianya tentang adik beradik yang aktif dalam memberi bantuan masyarakat.