Rupanya Iqbal tak hadir sidang media, bukan sebab tidak sihat, tapi sebab takut

1,645 views

Ini cerita tentang Ahmad Iqbal di minggu kedua, minggu terakhirnya di pentas rancangan Big Stage.

Selepas diumumkan peserta yang tidak dapat meneruskan ke minggu ketiga, Ahmad Iqbal langusng keluar dan balik ke rumahnya.

Ramai tertanya dimanakah Iqbal, kerana dia tidak hadiri sidang mendia yang sepatutnya disertai oleh peserta yang terkeluar.

Dari kenyataan wakil Astro, pihak pengurusan dan produksi mengatakan Ahmad Iqbal kurang sihat dan tidak dapat hadir ke sidang media pada malam tu.

Namun baru-baru ini, barulah Ahmad Iqbal tampil menyatakan hal sebenarnya yang berlaku kepadanya.

Jelas pemuda berumur 27 tahun ini, dia bukanlah kurang sihat sangat, tetapi lebih kepada takut untuk datang ke sidang media berkenaan.

Ada banyak sebab yang menjadi punca kenapa ahli perniagaan ini rasa cuak untuk hadir ke sidang media tersebut, ini komen dari Iqbal sendiri.

 “Mulanya, saya nak pohon kemaafan kepada semua sebab saya tiada di press conference selepas konsert Big Stage. Terutama pihak media yang tertunggu dimanakan saya berada pada malam itu.”

“Sebenarnya, saya bukannya tidak sihat sangat, tetapi perasaan saya bercampur baur, termasuk jadi tertekan, oleh itu saya jadi takut nak bercakap di press conference pada malam itu.”

Selain rasa tak sedap hati dan tak sedap badan untuk bercakap di sidang media, Ahmad Iqbal juga takut jika ada percakapannya di sidang media itu akan menjadi isu lain pula.

“Saya juga khuatir kalau isu ini akan bertambah panas, termasuk isu yang berkaitan dengannya, jadi saya mohon maaf ye.”

Itulah penjelasan sebenar dari Ahmad Iqbal kenapa dia tidak hadir di sidang media selepas konsert kedua Big Stage. Selepas Iqbal dah terkeluar, tinggal sebelas lagi peserta yang teruskan bertanding.