Tak banyak kenangan dengan cucu, ibu Shila Amzah luah rasa rindu

277 views

Emak kepada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman dilihat telah meluahkan rasa rindu kepada anaknya dan juga cucu. 

Fauziah yang menggunakan akauan Mamazie, muat naik beberapa keping foto bersama penyanyi itu dan juga cucunya, Seth Uwais di laman media Instagram Stories. 

Beberapa gambar lama dijadikan throwback, untuk mengenang kembali kenangan indah buat Mamazie. 

Dalam satu pengakuan, katanya, dirinya dan juga cucu tdak ada banyak kenangan bersama. 

Namun begitu, cucunya itu tetap berada di dalam hati Fauziah. 

“Tidak banyak kenangan bersama, namun Seth sentiasa ada dihati Uwan. Rindu pada Seth Uwais.”  

Fauziah muatnaik foto sedang memeluk Seth dan menjadikan lagu Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamaleng sebagai latar belakang. 

Selain itu, Fauziah juga mengenang kembali moment ketika berada di tanah suci bersama anak sulungnya. 

Jelasnya, dia pernah merancang untuk kembali ke tanah suci namun belum ada rezeki sehingga kini. 

“Sudah dua tahun merancang nak pergi Mekah tapi tak menjadi. Masih lagi belum dijemput ke sana. Kalau dipanjangkan umur dengan izin Nya, tahun depan.” 

Ini foto yang dimuatnaik oleh Fauziah Sarman. 

Sementara itu, Shila Amzah kini sudah pun habis berpantang setelah selamat melahirkan anak keduanya. 

Anak keduanya diberi nama Rhea Akira, lahir pada tarikh 9 Mei 2024. 

Rhea Akira merupakan anaknya hasil perkahwinan dengan Ubai, personaliti laman media terkenal tanah air yang juga seorang producer. 

Sementara Seth Uwais pula merupakan anak Shila Amzah hasil perkahwinan terdahulu bersama Haris Idraki Elias.  

Seth kini sudah masuk ke umur 5 tahun. 

Apapun, sama-sama kita doakan agar Shila Amzah dan keluarga baik-baik saja, dan semoga segala urusan mereka akan dipermudahkan.