Syasya dan suami jawab persoalan yang ramai tertanya-tanya

596 views

Bekas ahli Dolla iaitu Syasya telah pun mengadakan satu majlis resepsi bersama suaminya Nasrullah malam tadi. 

Majlis perkahwinan Syasya dan Nasrullah diadakan di Magica Subang Hall dan berlangsung dengan lancar dan meriah. 

Syasya ada mengenakan dua pasang pakaian pengantin, berwarna biru cair dan juga baju putih. 

Di majlis berkenaan juga, Syasya bersama suami telah bertemu dengan pihak media untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan. 

ISU DENGAN NENEK, PELAKON ROZIE 

Rozie Othman yang merupakan pelakon senior merupakan nenek kepada Syasya. 

Sebelum ini ada timbul dakwaan bahawa Rozie bagaikan tidak restui perkahwinan mereka. 

Menjawab persoalan ini, Syasya tampil menafikannya. 

Kata Syasya, nenek memang terkejut kerana keputusan berkahwin dibuat dengan cepat, dan neneknya itu tahu ketika berada di Tanah Suci. 

Syasya berkata, selepas berkahwin, dia dan suami telah pun bertemu dengan Rozie, dan menjelaskan segalanya. 

“Dah cakap dan beri hint kat nenek yang saya nak kahwin sebelum tu.” 

“Saya seorang yang suka simpan semua benda sendiri saja, lama-lama baru saya beritahu kat orang.” 

“Saya minta nenek untuk doakan hubungan saya, kebetulan masa tu dia sedang buat umrah, oleh itu saya minta doakan di sana.”  

“Masa tu dia terkejut apatah lagi bila dia balik saja dari tanah suci, saya dah nikah.” 

“Sebelum majlis akad nikah, saya dah telefon nenek dan beritahu. Sebab tak sangka nak nikah semasa dia sedang mengerjakan umrah. 

Suami Syasya iaitu Nasrullah berkata, dia dan isteri dah selesaikan segalanya dengan nenek Rozie.  

“Selepas kami nikah, kami pun pergi bertemu dengan nenek dan dia sangat baik.”  

“Dia pun terima perkahwinan kami, dia ada belanja makanan.” 

PERSOALAN SUAMI SYASYA TIDAK BEKERJA 

Sebelum ini, Rozie juga ada berkata bahawa suami Syasya masih belum bekerja dan sedang belajar. 

Semasa berjumpa neneknya itu, mereka pun dah beri penjelasan. 

Ini jawapan dari Syasya dan juga Nasrullah.   

“Nenek pun faham saja, perangai kebanyakan nenek yang dengar cerita daripada pelbagai pihak lain dan kemudiannya buat rumusan daripada cerita yang dia dengar.” 

“Apabila dah jumpa nenek dan terangkan segalanya dan dia dah pun jumpa Nasrullah depan-depan, dia gembira dan ucap syukur alhamdulillah.” 

MINAT SUAMI, MACAM NOBITA 

Ketika majlis, semasa pengantin masuk untuk bersanding, antara lagu yang dipasang ialah lagu tema Doraemon. 

Ditanya kenapa memilih lagu berkenaan, Nasrullah mengatakan, rakan terdekat memanggilnya dengan gelaran Nobita. 

“Kawan yang terdekat panggil Nobita.” Jawab Nasrullah. 

Syasya pula berkata, wajah seakan Nobita itu juga yang telah memikat hatinya. 

“Macam Nobita, itu juga salah satu sebab kenapa Syasya boleh tertarik dengan dia.” 

“Sebab macam Nobita, Syasya memang suka Doraemon.” 

Itulah sedikit sebanyak soalan dan jawapan dari Syasya dan juga suami. 

MACAM MANA SYASYA KENAL SUAMI 

Melalui satu temubual lain bersama ibu Syasya, iaitu Farina, dia mengatakan Syasya dan Nasrullah kenal melalui abang Syasya. 

“Sebenarnya Nasrullah merupakan kawan baik kepada abang Syasya.” 

“Jadi mereka dah lama berkawan. Tak sangka temu jodoh dengan orang yang terdekat.” 

“Mulanya, saya tak tahu percintaan mereka. Apapun, saya terima baik kehadiran menantu saya.” 

“Nasrullah orang yang baik, keluarga pun baik.” 

Tahniah diucapkan kepada Syasya dan juga suami di atas perkahwinan mereka, semoga bahagia selalu.