Tak buat majlis berinai, Mira Filzah selamat khatam Quran

4,033 views

Bintang terkenal, Mira Filzah semakin menghampiri untuk menamatkan zaman bujangnya. Semalam, Mira Filzah telah pun selamat khatam membaca al-Quran dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya.

Majlis khatam al-Quran itu bermula sekitar jam 9.30 pagi dan ianya diadakan secara teratur dengan berdasarkan dan mengikuti semua prosedur operasi standard, SOP dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Mira Filzah dilihat amat jelita dengan pakaian serba serbi berwarna merah jambu di majlis berkenaan. Sememangnya, majlis khatam al-Quran itu dibuat khas menjelang perkahwinannya dan juga adik bongsu, Fadhilah.

Ini komen dari tuan punya badan sebaik sahaja selesai khatam membaca al-Quran.

“Majlis yang dibuat pada hari ini sebenarnya adalah atas permintaan family dan kehendak saya dan adik. Kami tak buat majlis berinai. Oleh itu, atas permintaan opah saya dan mereka yang lebih tua, adalah lebih baik untuk dibuat majlis khatam al-Quran saja.

“Lagi satu, majlis khatam al-Quran ini juga dibuat serentak saya dan adik bongsu, Nur Ainaa Fadhilah. Untuk pengetahuan, adik saya ni akan bernikah esok hari.

“Dalam pada itu, kakak sulung saya yang duduk di New York, Amerika Syarikat tak dapat nak luang masa yang lama kat Malaysia, jadi kami buat keputusan akhirnya nak buat majlis ini secara serentak, saya dan juga adik saya”.

Sementara itu, apabila ditanya secara terperinci tentang tarikh perkahwinannya, pelakon ini masih lagi berahsia.

Di saat ini, Mira Filzah berstatus tunang dengan Wan Emir Astar, seorang arkitek berumur 30 tahun yang juga merupakan anak kepada timbalan menteri iaitu Datin Mastura Mohd Yazid.

Menerusi satu laporan juga, dikatakan Mira Filzah dah pun hantar jemputan perkahwinan buat rakan-rakan terdekat. Memang ramai tak sabar nak tengok Mira naik pelamin tak lama lagi, tahniah buat Mira Filzah dan pasangannya.