“Tak manis kata saya ceroboh” Aliff Syukri pula dedah apa yang berlaku

2,727 views

Setelah menjadi tular bahawa Datuk Aliff Syukri buat penggambaran muzik video lagu raya miliknya di rumah percutian milik Datuk A Aida tanpa izin, akhirnya Aliff Syukri tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Jutawan berumur 34 tahun ini memberitahu sebenarnya hanya berlaku salah faham saja tentang hal berkenaan.

Malah dakwaan bahawa dia menceroboh itu juga tidaklah molek.

Aliff Syukri juga berkata dia ada menerima keberanan dari pekerja di rumah berkenaan untuk buat penggambaran.

Jelas Aliff lagi, dia juga dah cuba contact A Aida beberapa kali, akan tetapi tidaj dapat dihubungi.

“Pekerja tu cakap boleh, namun mungkin ada salah paham, boleh tu bermakna boleh shooting tetapi tak boleh masuk dalam rumah.”

“Saya dah cuba beberapa kali contact dia untuk maklumkan hal ni tapi tak dapat, tiba-tiba ianya jadi viral pula.”

“Ye betul, kami ada buat penggambaran di tepi beranda, tapi kami tak ceroboh rumah pun dan memang tak masuk dalam rumah, tak guna elektrik dan tandas pun.”

“Saya bukan datang seorang, kalau nak cakap ceroboh, ada 20 orang dalam pasukan saya. Tidak manis kalau nak cakap kami ni menceroboh. Kami kat situ dalam 10 minit, dan dalam video yang lebih kurang 3 seconds sahaja.”

“Untuk muzik video itu, tempat penggambaran saya tu 95 peratus diadakan di Homestay Angsana Resort, 5 peratus lagi di sebuah rumah flat dan boleh kata hanya 0.1 peratus saja dilakukan di Tuah D’Manggis, iaitu rumah Datuk A. Aida.”

Pada masa yang sama, Aliff Syukri berkata dia minta maaf kalau tindakannya itu telah melukakan hati A Aida.

“Saya akui salah saya dan nak minta maaf sebab berlaku salah komunikasi antara wakil saya dan wakil rumah berkenaan. Jika hal ini melibatkan kerugian, saya sedia untuk bayar ganti rugi. Harapnya hal ini tak diperbesarkan lagi.”

Itulah kenyataan dari Aliff Syukri tentang dakwaan dia buat penggambaran tanpa izin di rumah Datuk A Aida.