(5 Foto) Fida Ibrahim selamat bernikah dengan bekas pengurusnya

3,100 views

Pelakon dan pengacara Rafidah Ibrahim yang lebih mesra dikenali dengan nama Fida kini sah bergelar isteri orang.

Pada umur 35 tahun, Fida bernikah dengan jejaka berumur 37 tahun bernama Shahzemir Shahzulkarib pada petang hari Rabu.

Dimaklumkan, mereka berdua dah berkenalan lama lebih kurang sepuluh tahun malah suaminya itu juga pernah menjadi pengurus atau manager kepada Fida.

Pasangan sama cantik sama padan ini bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, mengikut SOP yang ditetapkan dan dihadiri sanak saudara sahaja.

Menerusi satu kenyataan, Fida telah muatnaik gambar bersama suaminya itu. Jom baca kenyataannya.

“Salam dan selamat pagi buat semua. Syukur Alhamdulillah pada tarikh 5 Mei, saya telah selamat bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib.”

“Syukur pada Tuhan, kami hanya buat persediaan serba ringkas, namun majlis tetap berlangsung dengan lancar. Semuanya dipermudahkan.”

“Majlis ini hanya dihadiri adik beradik dan ahli keluarga terdekat saja. Maaf kepada saudara mara lain, rakan-rakan. Majlis ini amat ringkas sahaja dan ikut SOP. Jemputan meamng terhad.”

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis akad nikah kami berdua. Minta maaf jika ada kekurangan dari pihak kami.”

Di majlis berkenaan, Fida turut bercerita bahawa dia amat happy sebab dapat mengenakan baju kebaya yang dijahit sendiri oleh arwah ibunya.

“Sungguhpun arwah mak sudah pergi buat selamanya pada empat tahun lepas, tapi bagi saya mak tetap ada kat majlis nikah saya ini.”

“Saya memang tak sangka dapat tunaikan impian mak yang nak saya mendirikan rumah tangga. Baju kebaya ni saya dah simpan hampir 20 tahun. Alhamdulillah dapat saya pakai baju kebaya yang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya ni.”

Tahniah buat Fida Ibrahim dan juga suaminya, selamat melayari bahtera perkahwinan.