Sekiranya di luar negara, pelakon pengalaman dan berusia akan menerima gaji yang amat lumayan seperti Liam Nessom, George Clooney, Meryl Streep dan Jamie Leee Curtis.
Walaupun membawa watak pembantu seperti menjadi ibu dan bapa kepada pelakon watak utama, mereka masih lagi menerima layanan umpama superstar.
Namun nampaknya berbeza dengan keadaan pelakon di negara ini.
Ianya telah diluahkan pelakon veteran Jalil Hamid baru-baru ini, yang amat terkilan dengan perbezaan gaji yang diterima berbanding pelakon muda.
“Mengapa offer gaji pelakon tua lagi rendah banding dengan gaji pelakon muda. Mungkin agaknya, sebab mereka ni popular atau banyak follower.”
Kata penyanyi, pelakon dan pelawak ini, sememangnya bayaran rendah yang di beri kepada pelakon senior memang satu isu yang tak adil di dunia lakonan tanah air.
“Hal ini merupakan satu perkara paling tidak adil, sekaligus menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka ni.”
“Mereka, pelakon senior ni memang dah tua, namun telah diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun kena makan dan minum juga. Dunia lakonan ini tiada wang persaraan, pencen. Tiada had umur.”
Jalin Hamid juga bercerita tentang pengalamannya sendiri yang memberi bayaran yang amat kecil untuknya sehingga membuatkan dirinya amat terkilan dan berkecil hati.
“Beberapa kali saya pernah cakap hal ini tetapi mereka kata saya ni asyik nak cari popularity, supaya orang ingat saya.”
“Ini berlaku, yang mana saya pernah ditawarkan kerja dan hanya ditawarkan RM150 untuk satu episod. Sampai sekarang kejadian ini terngiang-ngiang di telinga.”
“Saya datang ke set penggambaran pada hari pertama saja, akan tetapi saya tak dapat teruskan kerja sebab saya rasa ini merupakan satu penghinaan pada diri saya.”
Jalil Hamid sememangnya terkenal sebagai pelakon yang mampu membuatkan penonton beremosi menerusi lakonannya yang mantap. Antaranya drama Bisik Pada Langit, Cucu Atok dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.