Tak sangka ada gambar wanita ni dalam wallet suami, Amyza Aznan

7,573 views

Ini satu perkongsian dari pelakon Amyza Aznan tentang suaminya. Apabila suami nya telah dihantar ke hospital baru-baru ini, Amyza telah menerima wallet suaminya itu. Dan memang tak disangka apa yang dilihat di dalam wallet suaminya itu.

Amyza berkongsi hal itu menerusi laman Instagram miliknya. Ianya lantas menerima pelbagai rekasi dari para netizen.

“Tak disangka di dalam wallet dia ada gambar perempuan ni. 16 tahun usia perkahwinan, kak kaaia (Amyza Aznan) tak pernah sekali pun buka wallet dia. Nak duit mintak, phone dia pun tak pernah check. Berdasarkan pada percaya dan Tuhan tahu.

“Bagi saya, kalau sy periksa, akan ada dah mula rasa feeling yg tak baik, which is rasa tak percaya pada suami. So jauhkan perangai sikap insecure ni tau.

“Alangkah terkejut, tersentuh dan termacam-macam la, bila dia admitted baru ni, my team yang send him to hospital send this to me.

“Haa pada suami or isteri yang ada skandaal, jgn buat hal tau, kot ada rahsia tu baik hapuskan, takut nanti bila kau jatuh saakit, elok-elok suami atau isteri kau nk jaga kau, terus dia biarkan kau. Sebab tu apa yg korang sorok kat drawer office, email office, handphone, baik hapuskan la dan hapuskan jugak hubungan tak baik tu.

“Tak pon bila ko saakit, panggil crush kononnya tu jaga kau. Layak kan. But like my case. Tu gambar kak kaaia masa dara chuols. Masa dia angau kan kak kaaia. Auw, so you sakit ni I layan you bagai menatang minyak yang penuh. Kalau bukan gambar I kompom you sakit ni, I layan you macam minatang.

Wah sweet juga suami Amyza Aznan ni. Memang tak sangka dia simpan gambar anak dara isterinya itu di dalam wallet.