Tahniah, Bella Dally kini hamil. Jom lihat reaksi rakan artis

8,320 views

Kini dah hampir 5 bulan selebriti popular tanah air, Bella Dally mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Razali. Dalam perkembangan terkini tentang kehidupannya, pelakon cantik ini telah memberi bayangan bahawa dirinya kini telah pun hamil dan berbadan dua. Ini merupakan anak pertama untuk Bella Dally.

Di laman media social Instagram, Bella Dally telah memuat naik satu video pendek yang menunjukkan dia sedang memegang alat ujian kehamilan (pregnancy test) dengan jelas kelihatan tanda positif. Video itu di upload olehnya pada malam Selasa.

Akan tetapi, Bella Dally tak ada menulis sebarang caption atau membuat kenyataan pada video itu dan ini sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan ramai yang tak dapat dipastikan apa tujuan Bella Dally share rakaman berdurasi 16 saat itu di laman IG miliknya.

Namun, pada penghujung video itu, Bella Dally menyatakan tarikh esok iaitu 29 Ogos 2019 yang dikatakan maybe tarikh untuk dia mengumumkan sesuatu.

Di laman IG, ramai followernya yg excited dengan perkara berkenaan dan terus menulis komen serta memberi ucapan tahniah atas berita baik berkenaan.

Malah, ramai juga rakan artis turut menulis komen mendoakan Bella Dally, antaranya seperti Wawa Zainal, Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah, Ummi Nazeera, dan Hanez Suraya.

Ini antara komen dari para artis yang juga kawan Bella Dally

Wawa zainal: “Omg bella!!! Congrats

Mira filzah: “Congratulations Bhell

Bella astillah: “Congratulations! Alhamdulillah

Liyana jasmay: “Babe ur preggy? Omg haha dramatic Sgt video ni nervous I tau

Hanez suraya: “Syukur Alhamdulillah

Adeline tsen: “Congratz

Nelydia senrose: “Omg Alhamdulillah bhellku!

Mungkin dalam diam-diam Bella Dally mahu buat kejutan untuk semua. Tahniah Bella.

Ramai juga yang menulis komen tak sabar nak tengok Bella Dally bawa perut besar, mesti Nampak amat comel.

Diimbas kembali, Bella Dally berkahwin dengan Arif Izuddin di Marina Putrajaya pada 31 Mac lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella. Sebelum ini Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 dan jodoh mereka berakhir pada tanggal 2 Mei 2018.