Takpe saya buncit, janji boyfriend kaya

10,627 views

Kini diketahui ramai bahawa pelakon Atikah Suhaime sedang bahagia jalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan, bernama Datuk Lokman Teh.

Pasangan ini dikhabarkan ada melancong ke Langkawi bari-baru ini, dan Atikah telah memuatnaik video dan gambar ketika bercuti di pulau itu.

Namun ada satu video yang di share oleh Atikah Suhaime yang terima banyak komen kurang enak dari para netizen. Ini kerana dari itu itu, Atikah Suhaime dilhat sedang menuruni tangga dan menampakkan bentuk badannya.

Dek kerana itu, badannya itu telah dilabel sebagai agak berisi ataupun kelihatan buncit. Ini sekaligus membuat netizen juga tertanya adakah itu baby bump.

Ada netizen yang bertanya di ruangan komen sama ada Atikah kini berbadan dua. Namun ianya telah dinafikan oleh tuan punya badan dan mengatakan dia memang buncit sahaja dan dipenuhi lemak, bukanlah baby bump.

Lantaran itu ada netizen yang menulis mengatakan pelakon itu sedang mengecapi bahagia dalam percintaan sebab itulah berat badan naik.

Komen-komen netizen itu mendapat perhatian pelakon itu yang mengakui akan kekurangan bentuk badannya sekaligus menafikan tuduhan netizen mendakwa dirinya hamil.

Kerana terlalu banyak komen sedemikian yang diterima di laman media sosial, secara tiba-tiba Atikah telah meluahkan rasa hatinya.

Ada waktunya dia agak emo dengan komen seperti itu, maklumlah dia kan seorang wanita yang ada hati perasaan.

Ini komen Atikah: “Suddenly, tetiba pagi ni saya rasa macam emo pula. Saya ada perasan. Wanita ni sebenarnya, kalau ada orang cakap dia gemuk, mesti dia akan rasa down. Yes, sekarang ni saya ada buncit gemuk sikit. Nantilah saya akan pergi senam“.

Tak lama kemudian, Atikah turut ada muatnaik satu lagi status yang tak mahu ambil pisung komen dari netizen itu. Malah dia kini bahagia dengan teman lelaki yang kaya raya.

Tak mengapalah saya ni dah buncit, janji hati saya sekarang amat bersih dan ikhlas malahan saya ada kekasih yang kaya. Syukur alhamdulillah“.

Sebelum ini, Atikah ada muatnaik foto bercuti di Kuantan dan kini dia sedang bercuti di pulau Langkawi pula.