Tauke Jambu belum beristeri dua, itu semua lakonan semata

5,389 views

Baru-baru ini melalui satu video temubual dengan portal Mstar, Tauke Raja Lawak hadir bersama wanita bernama Shu dan mengatakan mereka dah adakan satu majlis perkahwinan di sebuah masjid di USJ.

Dari temubual itu, Tauke yang terkenal dengan kumpulan Jambu ini mengatakan majlis mereka berdua itu mendapat restu dan diredhai isterinya iaitu Nadia.

Tauke juga mengatakan hubungan antara Shu dan Nadia amatlah baik. Malah Shu juga ada datang ke rumah untuk menziarah Nadia.

Setelah beberapa jam video temubual dari Mstar itu menjadi viral, Tauke akhirnya muatnaik satu video di laman IG miliknya dan telah mendedahkan hal sebenar.

Jelas Tauke, sebenarnya tiada sebarang pernikahan pun yang berlaku dan semua itu hanyalah gimik untuk produk mereka.

Melalui video itu, Tauke pun ada menyebut akad nikah yang tidak benar. Ini akadnya. “Aku terima nikah Shu Binti Kmood dengan mas kahwinnya RM80 tunai.

Perkara berkenaan telahpun dijelaskan oleh Tauke dan harapnya dapat menjawab semua persoalan dari netizen.

“Ha macam mana dah tengok tak, itu lah pasal, terima kasih kepada Mstar bawa korang semua tengok video ini.”

“Sebenarnya acara itu atau majlis pernikahan antara Tauke Jambu dan Shu tak wujud. Itu hanya iklan yang kami berdua buat. Produk kami dikahwinkan.”

“Kami hanya bekerjasama untuk produk kami berdua. Jadi dah terjawab kan, teki teki dan persoalan yang wujud.”

“Tauke Jambu masih lagi satu bini, belum ada dua lagi. Harimau yang kat rumah tu, matilanak.”

Tauke juga sempat berpesan kepada semua supaya lebih berhati-hati selepas ini untuk membaca sesuatu kisah.

“Pesanan dari Tauke Jambu kepada semua agar lebih berhati-hati untuk menilai sesuatu berita.”

Itulah penjelasan terbaru dari Tauke tentang isu video perkahwinannya.