Sekarang ini semua rakyat Malaysia sedang diberi suntikan vaksin kerana wabak yang sedang melanda.
Vaksin ini penting untuk menguatkan imunisasi seseorang selain menjadikan masyarakat jadi lebih kebal dengan wabak ini yang dikenali dengan nama herd immunity.
Sekiranya herd immunity berjaya dicapai, maka lebih sukarlah sesuatu wabak itu untuk merebak kepada orang lain.
Okey, berbalik kepada isu suntikan vaksin, umum pun dah tahu, antara yang buat ramai risau untuk terima suntikan ini ialah golongan yang takut dengan jarum.
Kalau nampak jarum je, mula rasa gelisah, resah dan sampai ada yang berpeluh-peluh. Ada juga yang rasa nak menjerit-jerit dan rasa nak pitam.
Pelakon Aedy Ashraf akui dia memang seorang yang amat takutkan jarum. Namun demi menyahut seruan untuk menerima vaksin, Aedy Ashraf terpaksa tempuhi juga. Apabila giliran untuk dicucuk vaksin, memang jelas Aedy dilihat agak gelisah.
Aedy ada rekod video ketika detik dia mahu dicucuk vaksin oleh seorang nurse. Kerana takut, nurse berkenaan telah melayannya dengan baik sekali.
Nurse berkenaan turut menerima pujian orang ramai kerana teknik yang digunakan untuk tenangkan Aedy dan cuba alihkan perhatian Aedy berjaya dan sangat baik.
Ini antara kata-kata nurse berkenaan yang bertanya macam-macam sebelum cucuk jarum. “Selain pandai berlakon, awak menyanyi pandai tak.”
Aedy kemudian menjawab tak pandai, dan nurse itu berkata lagi: “Serius lah tak pandai, makan, suka makan apa? Tahu tak hari ni rasa lapar, hari ni awak makan apa? Kan nak sembang kan, tangan letak atas.”
Selepas Aedy dilihat teralih perhatiannya, nurse itu terus saja cucuk, dan Aedy langsung tak rasa sakit.
Ini caption dan videonya
“Sebenarnya saya takut jarum. Yang penting aku dah tunai tanggungjawab aku. Kepda yang takut jarum jugak tu aku faham perasaan korang, tetapi tak perlulah risau, kerana jarum dia pakai tu amat halus je gang, tak rasa apa pun.”
Untuk perhatian, jarum warna jingga atau oren adalah antara yang terhalus dan tak rasa sakit sangat jika digunakan, ianya berbeza dengan jarum warna biru atau hijau yang digunakan untuk ambil darah.