Terkantoi, Aliff Syukri kena bahan dengan DS Vida

2,420 views

ini tentang kisah yang mana jutawan popular tanah air iaitu Dato Seri Aliff Syukri telah terkantoi kelentong tentang kolam ikan miliknya yang cetek sahaja, bukanlah 12 kaki seperti yang diperkatakannya sebelum ini.

Umum sudah pun mengenali dua orang usahawan yang juga merupakan instafamous di Malaysia iaitu Dato Seri Vida serta Dato Seri Aliff syukri.

Pada minggu lepas, negara kita kecoh dengan gelagat DS Aliff Syukri dan DS Vida yang berbalas video, berkenaan tips serta cara betul untuk membela ikan dalam skala besar untuk sebuah kolam.

Ceritanya bermula bila ratusan ikan dari spesis kelah emas yang dibela oleh Aliff Syukri dilihat telah maati disebabkan kekurangan oksigen. Dato Seri Vida telah berkongsi video ttg cara untuk membela ikan yang betul kepada Aliff Syukri bagi ikan komersial itu.

Tetapi, lain pula yang terjadi apabila terdapat sindiran dan bahan membahan di antara mereka berdua semalam. Turut dikongsi oleh DS Vida berkenaan video pendek hasilan daripada suntingan netizen yang telah mendakwa Aliff sepeti telah kantoi berkenaan tahap kedalaman kolam ikan yang terdapat di rumahnya itu.

Kalau nak tahu, sebelum ini, Dato Aliff Syukri telah mendakwa bahawa kolam ikan beliau adalah 12 kaki kedalamanya serta diakui sendiri oleh pekerjanya sendiri.

Namun begitu, dakwaan bahawa kolamnya 12 kaki agak terkantoi bila video yang turut dikongsikan olehnya dilihat gambar anak Aliff Syukri sedang bermain di dalam kolam ikannya yang dalam pembinaan nampak sangat cetek.

DS Vida juga turut geli hati dengan kejadian tersebut menurutnya lagi: “Sya pun tak tahu, nk bagi kredit kat yg buat editing video nk atau nak gelak”

Akibat dengan perkongsian video daripada DS Vida, ruangan komen pada laman sosialnya dibanjiri dengan komen yang terhibur dari para netizen.

Aduhai mcam-macam hal la pula dengan perangai usahawa jutawan ini. Semoga mereka tetap baik sahaja bersahabat. Netizen juga turut terhibur dan geli hati dengan kedua mereka ini.