Pelakon Nina Iskandar yang berasal daripada Bandar Seri Bangawan, Brunei telah menyampaikan satu berita gembira iaitu dia kini sedang berbadan dua.
Kata pelakon yang kini dah berusia 28 tahun itu, berita tentang mengandungkan anak sulungnya merupakan satu rahmat serta hadiah yang paling istimewa buat dirinya dan juga suami.
Pelakon cantik manis itu juga turut meluahkan rasa teruja dan gembiranya di laman sosial instagramnya.
Ini tulisnya: “Bismillahirrahmanirrahim.
Time has flown pretty fast and so many things have happened
in my life within such a short period of time. Overwhelming surprises – but
only blessing after blessing. Syukur
Alhamdulillah, My Husband and I are happy to finally announce to the public
that we have a little one on the way. Terima kasih atas semua doa. Jumuah
Mubarakah”
“Ms berlalu dgn begitu pantas dn pelbagai perkara berlaku dalam hidup sya dlm masa singkat.
“Kejutan hebat, rahmat selepas rahmat. Syukur Alhamdulillah, sy dan suami gembira akhrnya dapat mengumumkan pd semua ada si kecil yang sedang dlm perjalanan. Terima kasih ats semua doa kalian”
Akan tetapi, Nina masih lagi belum berkongsi berapa usia kandungan kehamilannya.
Gambar yang dimuatnaik oleh Nina telah dibanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah yang mendokan kesihatan dan gembira dengan berita gembira itu terutamanya daripada peminat serta rakan seleberiti yang lain.
Para peminat juga turut menyatakan keterujaan mereka serta meminta pelakon berkenaan supaya menjaga kandungannya dengan sebaik mungkin dan mendoakan agar bayi dalam kandungan akan membesar dengan sihat walafiat.
Nina Iskandar dan suaminya telah melangsungkan majlis perkahwinan yang juga merupakan penolong pengarah drama, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah di Cheras, Selangor.
Di maklumkan juga pasangan ini telah bernikah pada April 2019 tahun ini di satu majlis yang dilakukan secara sederhana yang telah dihadiri oleh kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan sahaja.
Tahniah diucapkan bagi pasangan ini.Nampaknya Nina Iskandar dan suami akan menimang cahaya mata bersempena wawasan 2020 kelak. Semoga Nina akan sentiasa sihat sepanjang proses kehamilannya, amin.