Terkini: Bekas suami Ziana Zain, Armin merayu setelah dijatuhkan hukuman penjara

2,787 views

Bekas suami Ziana Zain iaitu Armin Zaharin telah dikenakan hukuman penjara kerana kes merotan anaknya. Dalam kes ini, Armin akan jalani hukuman penjara selama 8 bulan setelah didapati bersalah merotan anak lelakinya berumur 9 tahun.

Melalui peguam, Armin telah buat dan failkan rayuan di mahkamah tinggi untuk ketepikan sabitan yang diberi kepadanya.

Pelaksanaan hukuman terhadap Armin telah ditangguhkan sampai rayuan berkenaan selesai, akan tetapi wang ikat jamin naik daripada RM5000 kepada RM8000.

Peguamnya mengesahkan hal berkenaan, dan rayuan itu telah dibuat pada hari yang sama Armin didapati bersalah pada bualn September.

Kes berkenaan ditangguhkan kerana PKP dan akan ditetapkan semula pada tarikh baru iaitu 19 November.

Imbas kembali kes, Armin dikatakan merotan anaknya dengan sengaja sehingga membuatkan anaknya berumur 9 tahun itu trauma dan alami luka. Kejadian berlaku pada bulan Februari tahun 2018 di rumah mereka di Shah Alam.

Ziana kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa dan Armin telah ditahan untuk siasatan. Armin ditahan pada bulan Mac 2018.

Penyanyi ni kemudian membuat tuntutan untuk berpisah dengan suaminya itu setelah Armin tak mahu melepaskannya dengan baik.

Akhirnya setelah buat tuntutan mahu berpisah dengan Armin, mereka sah bercerai pada Julai 2018.

Armin merupakan bekas ketua pramugara dan telah berkahwin dengan Ziana Zain pada tahun 1998. Sepanjang 20 tahun berkahwin, mereka mempunyai empat orang anak.

Ziana Zain sebelum ini pernah buat kenyataan dia sering menjaga nama baik keluarganya dan suami namun, akhirnya kesabaran dah sampai kemuncaknya pada tahun 2018.

Malah penyanyi ini pernah melabel rumahnya seperti ini, “bagi saya dan anak-anak,rumahku nerakaku”.

Kisah Ziana Zain dan Armin menjadi bualan ramai pada tahun 2018 dan kini Ziana Zain mahu move on dan jalani hidup yang lebih tenang dan bahagia dengan anak-anak.