“Nampak je alim, tapi sebenarnya…” Joy Revfa serik calon suami pendakwah

3,336 views

Ahli perniagaan terkenal, Joy Revfa ada buat satu kenyataan yang jadi bualan ramai setelah mengatakan dia dah serik nak jadikan seorang pendakwah sebagai calon suami. Ini berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri.

Menerusi satu status, Joy ada mengatakan ada pendakwah nampak alim tapi ada sisi lain yang tak diketahuinya. Jom baca status dari Joy ini.

“Baguslah ada ramai yang dah terbuka hati nak berkawin dengan pendakwah. Jadi trending plak yang berebut nak jadikan calon suami. Namun, bagi Joy, dah serik kot. Sebab nampak kat depan je alim, namun, sebenarnya halimunan”.

Kemudian status ini menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada mengatakan tak elok Joy melabel pendakwah sedemikian. Malah ada juga mengatakan status ini umpama memerli bekas suaminya Hafiz Hamidun.

Melihat puluhan komen diberi di laman media, Joy kemudian telah memebri penjelasan lanjut berkenaan status berkenaan.

Tentang isu bekas suami, Joy mengatakan Hafiz Hamidun bukanlah pendakwah sebalik seorang penyanyi.

“Rasanya ex-husband joy dulu adalah seorang penyanyi bukanlah pendakwah. Ada yang sentap ingat Joy tengah perli dia. Tak tahulah entah sekarang ni dia dah jadi pendakwah bukan penyanyi”.

Berkenaan isu serik jadikan pendakwah sebagai suami, Joy menerangkan, dia hanya menyatakan pengalamannya bertemu individu yang menunggang agama, bukan pukul sama rata. Ada pendakawah yang perangai tak elok juga, tapi bukannya semua.

“Pelik, status Joy tadi tak ada kena mengena dengan suami sesiapa, tak ada kena mengena dengan ex-husband atau PU Riz dan Neelofa”.

“Joy tuju kepada pendakwah tapi ada yang perangai tak berapa nak elok. Ada yang gelar diri dipanggil ustaz, tetapi pernah minta gambar pakai baju tidur dan nak gambar bukan-bukan dari whatsapp joy ni. Ada girlfriend pun tukar-tukar”.

“Kat instagram sebar dakwah namun di belakang jahil umpama setan. Meluat tengok. Wujud sebenarnya. Contoh seperti watak ustaz Hamidi dalam drama Nur tu”.

“Wanita yang pernah kena dengan spesis macam ni sahaja yang faham dengan statement joy tu”.

Bagi Joy dia hanya cerita apa yang dia tahu dan pernah alami sahaja. Dia aui memang bayk pendakwah yang masih buat kebaikkan dan sampaikan dakwah.

“Saya hanya bercerita tentang pengalaman saya yang mana dah serik kenali lelaki penunggang agama. Memamg masih ada yang ikhlas menyampaikan dakwah seperti tokoh-tokoh hebat yang saya sanjungi”.

“Tiada niat nak pukul rata. Banyak tokoh-tokoh hebat yang saya sanjungi juga anataranya seperti ustaz Izhar Ariff, ustaz Ebit Lew, PU Azman, PU Riz dan ustaz Syed Abdul Khadir”.