Tuduh rembat bantuan, wanita ambil tindakan undang-undang terhadap Nabila Huda

5,638 views

Ketika banjir melanda negara baru-baru ini, Nabila Huda ada muatnaik satu post tentang seorang wanita yang dikatakan tidak amanah.

Dengan lantang Nabila Huda muatnaik wajah wanita berkenaan iaitu Fatimah Zaharah Rahim, yang merupakan seorang aktivis kemasyarakatan.

Dek kerana posting berkenaan, Nabila Huda kini bakal berdepan tindakan undang-undang dari wanita terbabit.

Menerusi satu laporan portal mStar, Fatimah Zaharah, Nabila Huda sengaja salahguna media sosial sehingga membuatkan rasa kurang senang masyarakat kepada dirinya.

Fatimah melantik peguam iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli untuk melihat tindakan undang-undang yang boleh dibuat ke atas Nabila Huda.

Ini kenyataan dari peguam Fatimah Zaharah.

“Dari dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan ke atas anak guam (Fatimah), kami akan kaji tindakan undang-undang yang akan diambil kepada Nabila Huda.”

“Kes ini timbul setelah Nabila Huda post kenyataan dan tuduh anak guam saya mengambil barangan bantuan di sebuah pusat pemindahan sementara yang terletak di Sungai Lui, Hulu Langat.”

“Apa yang di post oleh pelakon itu menjadi tular dan telah pun menjejaskan reputasi anak guam saya.”

Fatimah Zaharah dengan tegas menafikan segala tuduhan yang ditulis oleh Nabila Huda. Segalanya tidak benar.

Penulisan dari Nabila Huda itu dilakukan pada tarikh 25 Disember. Nabila Huda ketika itu muatnaik gambar video yang terpampang wajah Fatimah Zaharah dan mempersoalkan kehadirannya di pusat pemindahan sementara itu.

Ini antara ayat yang ditulis oleh pengacara Melodi ini: “Ini salah contonya manusia yang ambil kesempatan. Mengambil barang di masjid Sungai Lui, bawa pergi tempat lain dan kata barang itu sumbangan daripada dia.

Dilihat kembali, Nabila Huda telahpun memadamkan semua hantaran dan posting tersebut.