Pada bulan Disember yang lalu, pelakon Janna Nick dan kekasih hatinya Dini Schatzmann ada dilihat pergi bercuti ke luar negara.
Lokasi yang dipilih ialah kota London, England. Sepanjang bercuti di luar negara, Janna dan Dini kedua-duanya ada muatnaik foto di sana.
Namun baru-baru ini timbul pula komen serta pertanyaan dari netizen tentang percutian pasangan ini.
Ada yang bertanya bagaimana mereka pergi bercuti di luar negara, dan adakah tidur di bilik yang sama atau di bilik yang berlainan.
“Tidur bilik sama ke, tidur sekali ke bilik asing-asing.” Itu antara komen yang ditulis oleh netizen.
Dek kerana ada yang sibuk bertanya tentang percutiannya dan Dini, akhirnya Janna Nick memberi jawapan.
Pelakon berumur 27 tahun ini mendedahkan bahawa dia dan Dini bukannya hanya pergi berdua di London pada bulan Disember tahun lalu.
Sebaliknya dia pergi dengan syarikat penggambaran, malah ada juga ahli keluarga yang ikut.
Demi kesihatan mentalnya, Janna akui dia tak melayan komen-komen yang ditulis oleh netizen itu.
“Saya memang ada baca komen-komen macam tu dari netizen tetapi saya pilih nak utamakan kesihatan mental saya. Oleh itu, saya buat tindakan untuk tak melayan komen sedemikian.”
“Sebenarnya percutian ke London itu sekali dengan kami jalani penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, dan juga barisan pelakon lain serta crew produksi penggambaran.”
“Oleh itu, di situ sudah pun dah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau pun tak. Tengok situasi itu, adakah logik nak tidur sebilik.”
Dari beberapa video, Janna Nick dan Dini Schatzman dilihat bergambar dan mengambil video di beberapa lokasi di England, seperti di Ilene Woods, stadium Old Trafford, Manchester, kota York, Edinburgh dan juga dilihat bermain salji.
Untuk info, Janna Nick dan juga Dini Schatzman bercinta sejak tahun 2019 lagi.