Upload video atas katil untuk review, Zara Zya minta netizen open minded

4,188 views

Semalam pelakon Zara Zya ada post satu entry tentang satu produk. Video yang diupload adalah adegan satu pasangan berada di atas katil.

Ini membuatkan ramai netizen yang menonton entry berkenaan berasa agak kurang senang dan menyatakan ianya amat tak sesuai untuk di post oleh Zara.

Zara Zya akhirnya memberi jawapan tentang isu ini.

Jelas pelakon berumur 36 tahun ini, dia dah biasa buat review berbayar dan merasakan apa yang dia post itu tak ada salahnya.

Zara Zya juga meminta netizen untuk bersikap lebih terbuka tentang hal berkenaan.

Netizen, rakyat Malaysia ni kena ada sikap lebih terbuka, open minded. Apa salahnya dengan video dan produk berkenaan. Bagi saya ianya tak salah pun. Terpulanglah kat netizen untuk nilai.

Kenapa nak bising dan gelabah walhal perkara itu memang dilakukan dalam kehidupan seharian buat pasangan suami isteri.

Dari video itu saya hanya review tentang produk dan makanan tambahan saja, bukannya berkenaan soal akhlak. Itu tak boleh ini tak boleh, kerana itu orang kita ni terkebelakang. Semua benda fikir secara negative.

Tapi tidak mengapalah, saya ok saja walaupun netizen cakap macam-macam. Lagipun dah masak dengan netizen Malaysia ni. Saya pun terima untuk buat review itu bukanlah sebab saya dah tak ada job.

Video yang diupload oleh Zara Zya itu dikatakan tak menjaga sensitivity orang Malaysia apatah lagi Zara Zya yang tampil bertudung. Malah follower Zara Zya juga datangnya dari pelbagai lapisan umur. Mungkin ada yang remaja.

Ini antara komen netizen.

Netizen rata-rata memberi nasihat kepada Zara Zya agar lebih berhati memilih untuk buat review dan tak perlu adanya adegan seperti itu.

Apapun Zara Zya pun dah jelaskan bahawa dia hanya buat review sahaja. Untuk pengetahuan Zara Zya mempunyai seramai lebih 3 juta follower.