Memang jarang pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman menerima komen yang kurang baik dari orang ramai. Namun kali ini Rilzaman benar-benar buat ramai yang tak setuju dengan perbuatannya.
Semuanya bermula apabila Rizalman menerima hadiah berupa ikan salmon dari peminatnya.
Walaupun ikan berkenaan mahal dan digemari ramai orang diluar sana, ternyata Rizalman tak makan ikan berkenaan.
Akan tetapi yang membuatkan ramai mengkritiknya adalah apabila Rizalman seakan memerli dan tak hargai pemberian tersebut.
Melalui post di instastory, Rizalman ada menyatakan dia tak makan ikan berkenaan.
“Saya dah berpesan jangan beri barang basah. Tidak perlu. Maaflah cik kak, walau saya ada beberapa buah istana dalam Malaysia tapi saya tak makan ikan salmon. Tak reti nak makan. Ikan sardine saya tahu. Takpe, mungkin Faizul dan Umar suka. Saya tak makan, so tak boleh nak bagitau sedap macam mana.”
Rizalman berkata sedemikian sambil membuka hadiah yang diterimanya itu.
Dari beberapa laporan, ada ketikanya Rizalman cuba memberi ikan salmon kepada kucingnya, itu membuatkan netizen terkesima kerana tak sangka sampai perlu memberi ikan berkenaan kepada kucing, apatah lagi kucingnya itu turut tak mahu makan ikan berkenaan.
Apabila ditegur menerusi satu mesej, Rizalman dilihat telah block individu berkenaan dan menerangkan bahawa kucingnya memang diberi makan sedap. Ini tulis Rizalman.
Kemudian Rizalman dilihat telah update ruang bio miliknya yang menunjukkan makanan yang dia tak makan.
Ini yang ditulis oleh Rizalman: “Tak makan kambing, ikan keli, roti Gardenia bakar, bakso dan ikan salmon.”
Ada netizen yang meluahkan rasa kurang puas hati dengan tindakan Rizalman itu yang dikatakan boleh mengguris orang yang memberi. Malah ada yang melabel Rizalman sebagai kekwat.
“Rizalman ni dah kenapa ye. Ada orang dah bagi hadiah satu beg penuh ikan salmon, dia boleh menganjing beri kat kucing dia, lepas tu kucing dia pun tak makan. Kekwat betul dia. Tak tahu kenapa, tengok Instastory dia sakit hati.”
Isu ini membuatkan ramai yang memberi komen dan ada yang truut mempersoalkan kenapa perlu beri hadiah kepada Rizalman yang dah kaya-raya.
“Kenapa ada orang sibuk nak hantar makanan pada dia, dia miskin ke. Yang bagi pun kurang cerdik. Boleh saja bagi pada orang susah, nak bagi juag kat orang kaya. Buat malu saja dah kena reject.”
Ada juga mengatakan jika Rizalman tak suka, adalah lebik baik hanya ucap terima kasih dan kemudian memberi kepada jiran tetangga atau sesiap yang suka, itu lebih indah.