Kisah tentang bekas pemenang Bintang Paling Popular tahun 2016 iaitu Noor Neelofa akan akhiri zaman bujang pada minggu ini semakin trending. Sana sini pun orang sedang bercakap tentang hal ini.
Sehinggalah sekarang, masih tiada sebarang pengumuman dari pihak Neelofa mahupun pihak PU Riz tentang majlis pernikahan yang dijangka bakal berlangsung.
Dek kerana itu, makin banyak spekulasi yang dibuat oleh para netizen berkaitan hal ini.
Yang paling terkini, penceramah terkenal tanah air, Ustaz Don Daniyal Biyajid telah menulis sesuatu yang membuat seakan mengiyakan hal ini.
Menerusi laman Ig miliknya, Ustaz Don Daniyal telah membuat satu ucapan khas kepada Neelofa.
Ucapan ini dibuat sempena habisnya rakaman satu rancangan television yang melibatkan Ustaz Don dengan Neelofa dan Nabil Ahmad.
Ustaz Don Daniyal telah menulis ucapan yang merupakan satu doa kepada Neelofa yang ada menyatakan agar Neelofa akan menjadi seorang isteri yang baik. Malah Ustaz Don turut menyebut nama Pu Riz agar menjaga Neelofa.
Ini caption dari Ustaz Don kepada Neelofa, jom baca.
“Kepada Noor Neelofa, saya berdoa untuk hari yang akan datang, supaya akan disatukan dalam keberkatan, serta dihimpunkan dengan orang yang baik-baik, dan juga diberi pilihan itu pilihan yang terbaik.”
“Semoga Noor Neelofa akan menjadi seorang isteri yang solehah, dan kepada PU Riz jagalah perhiasan dunia yang baik yang Allah beri ini.”
Walaupun Neelofa dan PU Riz masih lagi mengambil pendekatan untuk berdia diri dari membuat sebarang kenyataan, memang begitu banyak petunjuk yang membawa kepada akan berlangusngnya majlis ini pada minggu ini.
Rakan Neelofa turut dilihat sudah membuat persiapan, selain jari Neelofa sudah memakai inai.
Dari laporan beberapa portal, Neelofa dan PU Riz akan disatukan di sebuah hotel di ibu kota yang diadakan secara tertutup. Semoga segala urusan pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan lancar.