Ini 3 hint terbaru, Neelofa bakal nikahi Pu Riz minggu ini

3,334 views

Selepas Noor Nabila selamat bergelar isteri, kini ramai yang tunggu giliran selebriti terkenal iaitu Neelofa pula untuk tamatkan zaman single nya.

Masih belum ada sebarang pengumuman, hanya ada spekulasi sahaja tentang majlis pernikahan antara Neelofa dengan Pu Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Kisah mereka mula menjadi tanda tanya di kalangan para peminatnya.

Sebelum ini telah tersebar beberapa kenyataan yang membocorkan bahawa Neelofa dan Pu Riz akan bernikah pada hujung minggu ini.

Khabar angin itu mengatakan pasangan berkenaan bakal bernikah pada hari Jumaat atau Sabtu dan satu majlis akan di adakan di St Regis Kuala Lumpur.

Neelofa kemudian ada memuatnaik satu foto yang meminta orang ramai agar mendoakan segala urusannya berjalan lancar. Namun tiada sebarang detail di berikan berkaitan urusan berkenaan.

Untuk kali ini, ada tiga hint dan petunjuk bahawa pasangan ini akan bernikah pada hujung minggu ini.

Yang pertamanya ialah kesibukkan ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini buat persiapan untuk masak makanan untuk satu majlis kenduri.

Ini kata Datin Kartini: “Masak pajeri nenas, kalau ada pajeri nenas ni maksudnya ada masak untuk istimewa. Besar periuk, periuk besar ni untuk kenduri?”

Hint dari ibu Neelofa ini menunjukkan seakan bakal ada satu kenduri istimewa bakal berlangsung.

Kemudian, hint yang kedua ialah dari Ig story Neelofa pula. Ketika mempromosikan produk miliknya, dapat dilihat dengan jelas bahawa jari Neelofa sudah berinai. Berbanding ketika Nabila bernikah, jari Neelofa belum lagi berinai.

Hint yang ketiga pula ialah persiapan yang dibuat oleh rakan-rakan baik Neelofa. Dapat dilihat beberapa best friend Neelofa sedang buat persiapan di dalam bilik Neelofa dan mencuba pakaian berwarna merah.

Kesemua petunjuk ini memberi gambaran bahawa majlis pernikahan antara Neelofa dan Pu Riz semakin hampir.

Sebenarnya kisah mereka mula menajdi bualan setelah Neelofa dilihat sedang mencuba pakaian pengantin berwarna putih dan Pu Riz ada mencuba memakai sampin baru-baru ini.