Kejayaan pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof memang dipandang tinggi oleh sesetengah pihak.
Tidak dapat nak disangkal, Syamsul Yusof ini memang hebat sebagai pengarah, banyak filemnya yang berjaya, bak kata adiknya, Syamsul ni ada sentuhan emas.
Ini menyebabkan seorang ustaz, pendakwah dan pensyarah kanan, iaitu Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff ada memuji Syamsul Yusof.
Mengenali Syamsul Yusof, ustaz Izhar ada mengatakan filem Syamsul ini berjaya atas beberapa faktor.
Antara yang disebut ialah filemnya menjaga aurat, kemudian filemnya sentiasa buat kajian dengan teliti dan mendalam.
Satu lagi point ialah tentang peribadi Syamsul Yusof, yang dikatakan seorang yang sentiasa menjaga solat, maka dengan itu, memang tak mustahil pun, rezeki Syamsul Ini akan dipersenangkan dan dipermudahkan.
Namun begitu, ramai netizen dilihat kurang senang ustaz Izhar cuba mengangkat Syamsul Yusof bagaikan role model, walhal diketahui sedang terpalit dengan isu rumah tangga dan kehadiran orang ketiga.
Ada yang menyindir dengan sinis serta bertanya apa pula amalan beberapa tokoh lain yang berjaya seperti Ananda Krishnan dan juga Bill Gates.
Melihat komen sedemikian diterima, ustaz Izhar ada muatnaik paparan komen dari netizen demikian dan membalas kembali.
Ustaz Izhar melabel kejayaan yang dikecapi oleh orang lain yang bukan muslim atau muslimah itu sebagai istidraj.
Malah, orang mukmin yang berjaya seperti Syamsul Yusof dan juga Ebit Lew ini memang dijanji oleh Illahi ada menerima habuan di dunia dan juga akhirat.
Netizen kemudian ada juga berkata apa yang diraih oleh Syamsul Yusof mungkin juga istidraj sebab apa yang dilakukan terhadap isterinya selama ini apatah lagi diketahui ada hubungan dengan wanita lain.
Itulah antara komen-komen dari netizen dengan ustaz Izhar tentang Syamsul Yusof.