Balu kepada pelawak terkenal iaitu arwah Abam Bocey iaitu Hidayah ada bercerita apabila mengecapi kejayaan yang tidak disangka sangka.
Hasil usaha kerja keras, berniaga siang dan malam, Hidayah kini dah berjaya membeli kereta Toyota Vellfire sendiri.
Perkara ini diceritakan oleh Hidayah menerusi satu entry di laman emdia sosial miliknya baru-baru ini.
Semua usahawa dalam perniagaan telah berjaya, ini komen dari Hidayah: “Syukur sangat, alhamdulillah hasil dan berkat usaha serta kerja keras berniaga, bisnes jual sabun, daun sukun dan juga serum.”
Namun begitu, kejayaan dari Hidayah itu membuat ada pihak pula cuba kaitkan dengan Ali Puteh.
Ada yang menulis kepada Ali dan memberitahu Hidayah kini dah berjaya sehingga mampu beli kereta sendiri hasil usaha sendiri.
Ada juga komen yang agak pedas dilemparkan kepada Ali. Ini antara komen berkenaan.
“Engkau ni post nak raih simpati ke? Kau ingat orang lupa apa yang kau dah buat. Kakak ipar kau aniaya, yang kau tarik kereta kata dia tak mampu bayar tu, sudahnya dia dah mampu beli kereta Vellfire hasil usahanya. Kau jangan nak acah alim sangat.”
Melihat komen sedemikian, Ali Puteh tak ada pun naik angin dan memberi respon dengan tenang saja.
Ini respon dari pelawak berumur 33 tahun ini: “Terima kasih di atas ucapan berkenaan. Betullah tu saya hanya buat-buat baik selama ini. Ramai pun yang kata macam tu. Terima kasih dengan kata-kata yang membina. Saya akan bersemangat dan terus kuat bila terus ada yang mengata.”
Dari komen lain, ada juga mengatakan sudahlah berkata dan kaitkan antara Hidayah dan Ali Puteh ni lagi.
Memang kisah antara Ali Puteh dan Hidayah, balu kepada arwah Abam ni sentiasa jadi bualan dan sampaikan dah naik mahkamah.