(Video) Kereta Shuk Sahar terperosok ke dalam parit pula

3,623 views

Siapa saja yang tak kenal dengan nama pelawak Shuk Sahar. Namanya terkenal kerana beberapa isu melibatkan perkahwinannya dengan Rossa Sera.

Hubungan antara Shuk dan Rossa Sera kini bagaikan telur dihujung tanduk atau retak menanti belah saja.

Mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung, dan dalam proses untuk berpisah sebagai pasangan suami isteri.

Lama berdia diri, kini Shuk Sahar jadi tumpuan gara-gara satu video menunjukkan kereta terbabas dan terperosok ke dalam sebuah parit.

Satu video telah viral di laman TikTok menunjukkan kejadian ini. Video itu di upload oleh pengguna TikTok bernama Afiqazman369.

Ketika kejadian, Shuk dan orang ramai dilihat sedang berdiri di tepi jalan di tepai kereta yang ttermasuk ke dalam parit. Ketika itu mereka dipercayai sedang menunggu bantuan untuk tiba.

Kita melaporkan, di mana-mana pun rancak.” Kata Shuk.

Adoi macam mana kereta ni, dah terbalik, tak rancak lah.” Tutur individu yang merakan video berkenaan.

Di ruangan komen, ramai meminta agar Shuk tabah dengan ujian yang diberikan.

Selain itu ada juga pelik bagaimana boleh terbabas memandangkan jalan berkenaan sangat lurus.

Shuk tu jalan lurus, tak payah nak corner sangat. Bersangka baik sajalah.” Tulis seorang netizen.

Doa siapa pula yang makbul tu.” Tulis seorang lagi netizen dengan nada sinis.

Sebelum ini, beberapa hari yang lalu, ada satu video Shuk, sekali lagi viral setelah dilihat keluar dengan seorang wanita. Video berkenaan menjadi tumpuan apatah lagi wanita itu duduk di atas kerus berlapis tiga.

Ramai juga tertanya siapakah wanita berkenaan, kerana sebelum ini ramai ingatkan Shuk Sahar mahu kembali kepada isterinya Rossa Sera yang kini semakin cantik dan menjaga penampilannya.