“Dah nampak baby bump, Stacy hamil ke” ~ Netizen mula ucap tahniah

3,210 views

Pasangan penyanyi Akim dan Stacy antara suami isteri yang paling sempoi di kalangan artis. Memang jarang ada isu atau kisah yang sensasi melibatkan kedua-dua mereka ini.

Kehidupan di alam perkahwinan Akim dan Stacy di lihat amat bahagia, apatah lagi dengan kehadiran dua orang anak.

Yang pertama merupakan Bella De Luna, anak angkat, yang kini berumur 9 tahun lebih.

Anak kedua pula, anak perempuan yang diberi nama Eshaal yang kini berumur hampir 5 tahun. Stacy melahirkannya pada tahun 2017.

Kali ini ada ura-ura dan tanda tanya dari para peminat pasangan ini yang mengatakan, adakah benar Stacy kini sedang berbadan dua. Ini kerana dikatakan Stacy kelihatan sudah ada baby bump.

Ianya mula jadi perhatian setelah ada satu video yang dimuatnaik di Instagram milik Stacy. Seperti biasa, Stacy memang aktif muatnaik video memasak.

Kali ini dalam video masakan itu, ada peminat yang perasan, Satcy seakan sudah ada baby bump.

Oleh itu ada beberapa orang peminatnya yang bertanya kepadanya.

Dah nampak baby bump.” Tulis individu bernama Sallya.

Mengandung ke kak Stacy, wah tahniah.” Tulis peminat bernama Syahidah Zaki.

Sehingga kini tiada respon atau sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Stacy mahu pun dari Akim tentang hal ini.

Jika diimbas kembali, pada tahun 2021, Stacy pernah mengulas tentang hal ini dan mengatakan anak bongsunya, Eshaal memang sudah tanya dan mahukan adik.

“Anak bongsu pun ada tanya bila dia nak ada adik. Dan Akim pun ada cakap dia pun nak juga. Jujurnya, saya tak ada pun nak menolak untuk hamil lagi, hanya bergantung kepada rezeki saja.”

“Kami memang tak ada pun nak merancang dan hanya berserah. Kami okay dan sudah bersedia untuk dapat cahaya mata lagi. Jika dah tertulis rezeki, pasti saya akan ceritakan berita baik ini buat semua.”

Itu merupakan komen dari Stacy pada tahun lalu. Untuk update terkini, kita tunggu saja pengumuman dari Akim atau Stacy, jika benar mereka sedang menantikan cahaya mata yang baru.