Wajah wanita ini berubah bengkak, berkedut ketika mengandung

5,199 views

Satu kisah jadi viral tentang wajah seorang wanita yang berubah jadi lain ketika mengandung anak ketiga. Wanita bernama Nor Sahira ini berkongsi pengalamannya di laman Facebook dan berkongsi gambarnya ketika hamil dan selepas hamil.

Ramai yang terkejut dengan wajah Nor Sahira ketika hamil, yang mana nampak umpama orang tua, memang berubah lain sangat dari wajah Sahira yang sebenar.

Kata ibu kepada tiga orang anak ini, ini mungkin adalah pembawakkan budak. Jom baca kisahnya.

“Minta maaf sebab amat banyak yang mesej tentang gambar yang saya upload di story. Saya jawab dekat sini sahaja senang sebab dah tak larat nak membalasnya satu persatu.

“Wajah saya berubah agak teruk ketika mengandung 3 bulan, ini merupakan anak ketiga. Wajah saya naik bengkak, dilihat sembap, kulit jadi kedut dan jadi kehitaman. Kalau awak semua terkejut, ini kan pula saya, memang berlipat kali ganda terkejutnya. Memang tidak pernah kena pembawakkan budak macam seperti ini. Ketika mengandung tu, memang rasa stress, apatah lagi nak berdepan dengan orang ramai. Saya hanya cuma mampu senyum, namun dalam hati siapa yang tahu.

“Selepas itu, lepas je bersalin, secara sikit-sikit semua hilang. Kalau tengok bengkak di wajah tu mula surut, kulit pula dah makin cerah. Secara jujur, jangan Tanya saya pakai produk apa. Langsung tak guna apa-apa pun. Betul memang ramai cakap, nampak beza sangat. Umpama orang tua, macam nenek, dan saya tak boleh nak menidakkannya. Inilah yang berlaku pada diri saya.

“Syukur sangat semuanya sudah pun kembali pada normal. Terima kasih pada suami saya yang selalu saje puji saya cantik. Dia memang mahu sedapkan hati isteri dia.

Dalam pada itu, apabila bertanya kepada doctor, Nor Sahira mengatakan bahawa doctor memberitahu tidak ada apa teruk yang berlaku. Malah dia juga tidak ada rasa gatal atau alahan ketika itu.

Netizen turut berkongsi pernah alami bengkak seperti itu, namun tidaklah teruk seperti yang dialami oleh Nor Sahira. Apapun wanita ini mengatakan janganlah risau jika nak mengandung kerana semuanya baik sahaja dan ini adalah satu dugaan buatnya dan kini dia dah pun kembali seperti sedia kala.