Eina Azman demam dimasukkan ke hospital, terus buat ujian saringan

3,992 views

Kalau mereka yang minat dengan Datin Paduka Eina Azman, mesti ada yang perasan kini dah beberapa hari pelakon ini tidak muatnaik sebarang perkembangan di laman media sosial Instagram.

Rupa-rupanya Eina Azman sebenarnya alami gejala demam dan tidak berapa sihat. Malah pelakon jelita ini telah dimasukkan ke hospital serta telahpun buat ujian saringan untuk coronavirus.

Datin Paduka Eina Azman sempat memuatnaik keadaan terkini dirinya yang sedang dirawat di sebuah hospital swasta. Ini komen darinya.

“Hai, assalamualaikum buat semua, harapnya everyone is doing well. Sorry tak dapat nak upload and share video masakan as I wasn’t feeling well for about a week. Nampaknya saya dah kena demam. For precaution, saya dah pun buat ujian Covid 19 dan syukur alhamdullillah keputusannya adalah negatif. Sekarang ini, I am in recovery process and will be back soon with all the cooking ideas for you guys. Diharapkan semua dapat doa suoaya Eina cepat baik okay! Jaga diri dan stay safe. Sila duduk di rumah”.

Malahan Eina Azman kini ditemani oleh suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang turut tidur di dalam bilik di hospital bersama isterinya itu.

Kata Eina Azman, di dalam suite hospital itu ada sediakan dua bilik dan satu bilik untuk suaminya, namun Datuk Kaiser tetap mahu tidur di atas sofa sahaja di sebelah isterinya itu untuk menemaninya.

Diruangan komen, memang ramai para peminatnya yang telah menulis ucapan agar pelakon berkenaan cepat sembuh seperti sedia kala. Ramai yang tak sabar nak tengok video masakan yang baru dari Eina Azman setelah pelakon ini pulih kelak.

Apapun, syukur kerana Eina Azman negative dari jangkitan virus corona. Get well soon.